TAMAN tema Disneyland di Hong Kong ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian, susulan penularan wabak di tanah besar China.
Pihak Disneyland berkata langkah tersebut diambil demi keselamatan serta kesihatan pengunjung dan kakitangan.
Sebuah lagi taman tema di Hong Kong, Ocean Park, juga dilaporkan mengambil langkah yang sama.
Hong Kong semalam mengisytiharkan penularan wabak koronavirus sebagai ‘darurat’ iaitu tahap amaran tertinggi wilayah itu.
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, pihak berkuasa meningkatkan usaha mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan. Tindakan itu selepas pembangkang dan pakar perubatan mendesak menyekat ketibaan penduduk tanah besar China.
Daripada lima individu yang disahkan positif koronavirus di Hong Kong, empat daripada mereka tiba di wilayah itu menaiki kereta api laju. – AFP, 26 Januari, 2020.
Komen