Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli


POLIS menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, dirogol orang Asli.

Lelaki itu yang menggunakan nama Zikri Armstrong membuat dakwaan tersebut melalui akaun Twitternya, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, jam 7 malam semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop berkata kes itu diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

“Lelaki itu sudah ditangkap malam tadi di Seremban,” katanya.

Mohamad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Mayat remaja berumur 15 tahun itu dijumpai pada Selasa selepas dilaporkan hilang dari vila percutian di resort eko-pelancongan dekat Seremban pada 4 Ogos. – Bernama, 16 Ogos, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen