Zahid 'yakin dan positif' hadapi pertuduhan baharu, kata peguam 


Bede Hong

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika meninggalkan Mahkamah Sesyen Shah Alam di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Jun, 2019

AHMAD Zahid Hamidi “yakin dan positif” selepas menghadapi pertuduhan baharu sejak dua hari lalu berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM55 juta, kata salah seorang peguam yang mewakilinya hari ini.

Kitson Foong berkata, peguam bela juga yakin dapat membebaskan anak guamnya daripada 40 pertuduhan jenayah.

“Kami yakin bahawa sistem undang-undang dan kehakiman di Malaysia akan membenarkan anak guam kami untuk membebaskan diri sepenuhnya,” kata Foong.

“Dalam keadaan itu, sekiranya seseorang itu berdepan 87 pertuduhan, beliau biasanya akan tertekan. Saya perlu katakan yang beliau sangat yakin dan positif. Saya merasakan kita tidak hampir untuk disabitkan. Kita berada dalam mod persediaan.

“Datuk Seri Zahid Hamidi sentiasa menunjukkan karakter sangat kuat dan kita dapat melihatnya. Beliau tetap kuat, kami sebagai pasukan pembelaan, akan berikan pembelaan terbaik untuknya,” katanya kepada pemberita selepas Zahid membayar jaminan RM500,000.

Hari ini bekas timbalan perdana menteri itu didakwa dengan 33 pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Zahid turut berdepan tujuh pertuduhan rasuah yang difailkan pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Foong berkata beliau menjangkakan 33 pertuduhan rasuah dan tujuh lagi pertuduhan yang difailkan semalam akan dibicarakan serentak kerana kedua-duanya melibatkan Ultra Kinrara, iaitu syarikat yang mengendalikan sistem visa luar negara (VLN).

“Kes Ultra Kinrara akan melibatkan banyak dokumen dan ramai saksi. Sesetengah dokumen perlu disediakan di bawah Seksyen 51A (Akta Keterangan), malah perlu diketepikan,” kata Foong.

Zahid sebelum ini berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menerima rasuah.– 27 Jun, 2019

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen