Akui kejayaan sekolah vernakular, tetapi pemimpin PAS mahu ia ditutup


Sheridan Mahavera Mohd Farhan Darwis

Ketua Wanita PAS Dr Halimah Ali mengakui kejayaan sekolah vernakular tetapi mahukan ia ditutup kerana menghalang perpaduan nasional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 23 Jun, 2019.

KETUA Biro Pendidikan PAS hari ini mengakui kejayaan sekolah aliran Cina dan Tamil, tetapi mempertahankan desakan rakan partinya supaya sekolah aliran itu ditutup kerana dakwa mereka tidak mempromosi perpaduan nasional.

Dr Halimah Ali mempertahankan desakan rakan partinya semalam, Salamiah Md Noor yang berkata penubuhan sekolah vernakular tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau mengakui yang sistem sekolah vernakular berjaya meningkatkan kualiti pendidikan masyarakat minoriti, menambah yang ia boleh dicontohi sistem pendidikan PAS yang meliputi tadika PASTI dan sekolah rendah Islam, SRITI.

“Walaupun mereka minoriti, mereka mampu membangunkan sistem sehinggakan orang Islam pun pilih sekolah ini. Kita boleh cuba mencapai tahap kejayaan sama seperti mereka,” katanya pada ucapan pengulungan di Muktamar PAS ke-65 hari ini.

Dr Halimah berkata sayap Wanita berharap kerajaan Pakatan Harapan akan mempertimbangkan cadangan mereka atas alasan ia menghalang pembentukan perpaduan nasional.

Semalam, Salamiah juga menggesa Bahasa Arab dipromosi sebagai bahasa kedua negara berbanding Bahasa Mandarin. – 23 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Bodoh!.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Chee yee ng · Ulasan