PEJABAT Peguam Negara memfailkan permohonan menyemak keputusan mahkamah yang tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia, Sundra Rajoo.
Permohonan itu difailkan beberapa jam selepas Sundra enggan hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
Sundra sepatutnya didakwa dengan tiga pertuduhan jenayah pagi ini.
Beliau bagaiimanapun tidak hadir mendakwa dirinya mempunyai imuniti daripada sebarang tangkapan dan pendakwaan.
Pejabat Peguam Negara menunggu keputusan sama ada Mahkamah Tinggi akan mendegar permohonannya hari ini untuk menyemak semula keputusan Hakim Azura Alwi pagi tadi, kata Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin.
Hakim Azura pagi tadi bersetuju menangguhkan tangkapan, dan berkata mahkamah menanti keputusan esok berhubung isu imuniti.
Satu pendengaran ditetapkan esok oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar semakan kehakiman difailkan oleh Sundra, yang menamakan menteri luar, peguam negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan sebagai responden. – 25 Mac, 2019.
Komen