Sundra Rajoo tidak muncul di mahkamah


Bede Hong

Peguam bagi Sundra Rajoo berkata sebarang waran tangkap terhadap bekas pengarah AIAC itu tidak sah kerana beliau sebarang waran tidak sah kerana Sundra mempunyai kekebalan diplomatik. – Gambar Facebook, 25 Mac, 2019.

BEKAS pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Sundra Rajoo tidak hadir di mahkamah hari ini, yang sepatutnya didakwa dengan tiga pertuduhan jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin, yang tidak membacakan tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Sundra.

Peguamnya K Shanmuga memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi yang sebarang waran tidak sah kerana Sundra mempunyai kekebalan diplomatik bagi tindakan yang dibuat atas kapasitinya bersama AIAC.

“Kecuali mahkamah memutuskan beliau tidak memperoleh imuniti, semua waran tangkap adalah tidak sah,” kata Shanmuga, sambil menambah mereka memohon penangguhan waran sehingga keputusan oleh mahkamah tinggi mengenai perkara itu esok.

Azura bersetuju menangguhkan tangkapan, dan berkata mahkamah menanti keputusan esok berhubung isu imuniti.

Satu pendengaran ditetapkan esok oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar semakan kehakiman difailkan oleh Sundra, yang menamakan menteri luar, peguam negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan sebagai responden.

Beliau berkata mempunyai imuniti daripada ditangkap atau didakwa bagi semua tindakan yang dilakukan selama bertahun-tahun menjadi pengarah AIAC, susulan penahanannya dan spal siasat pada November lalu oleh SPRM.

Sundra, sebelum ini berkata kedudukannya sebagai pengarah AIAC dahulu, serupa dengan duta besar atau pesuruhjaya tinggi, mengikut undang-undang dan peraturan yang melantiknya.

Kamal enggan mendedahkan kepada pemberita mengenai dakwaan jenayah dibuat.

Shanmuga sebelum ini memberitahu mahkamah yang Sundra hanya mengetahui niat Jabatan Peguam Negara mendakwanya pada Sabtu.

Beliau meletak jawatan sebagai pengarah AIAC berikutan dakwaan terhadapnya dalam surat tanpa nama yang dihantar kepada beberapa pihak seperti menteri, peguam negara dan ketua polis negara.

Surat itu mendakwa beliau menggunakan dana pusat untuk memastikan menteri melanjutkan kontraknya. – 25 Mac, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen