ISLAM tidak membenarkan seorang Muslim mengambil hak bukan Islam, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa hari ini mengulas tentang usaha M Indira Gandhi mencari anak bongsunya yang diculik oleh bekas suaminya.
“Saya dimaklumkan polis sedang meneliti perkara ini dengan serius.
“Kita tidak boleh menggunakan Islam untuk mengambil kanak-kanak itu tanpa persetujuan ibunya dan kini pula kanak-kanak itu hilang tanpa jejak,” katanya.
“Anak itu memerlukan ibunya. Dia perlukan keselesaan, keamanan dan kebahagiaan. Saya sokong apa yang polis lakukan untuk selesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chen Wen di Subang Jaya.
Riduan juga melarikan anak bongsunya Prasana Diksa yang ketika itu masih bayi pada Mac 2009.
Dua lagi anak Indira dibesarkan olehnya sebagai penganut Hindu.
Indira dan kumpulan yang menyokongnya mengumumkan ganjaran RM10,000 untuk sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung bekas suaminya, Riduan.
Perebutan bekas guru tadika itu untuk mendapatkan hak penjagaan tiga anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sivil dengan kedua-dua mahkamah mengeluarkan perintah penjagaan bersaing untuk ibu dan bapanya.
Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2010 memberikan hak penjagaan anaknya itu kepadanya dan pada 2014 memerintahkan Riduan ditahan melainkan dia mengembalikan semula Prasarana. – 24 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen