Bersatu akan tapis permohonan Rahim Thamby Chik, kata Dr Mahathir


Noel Achariam

Setiap permohonan akan ditapis terlebih dulu dan bukan terus diterima, kata Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 17 Disember, 2018.

BERSATU akan menimbang perkohonan bekas ketua menteri Melaka Rahim Thamby Chik untuk menyertai parti itu, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Bersatu dan perdana menteri itu berkata setiap permohonan akan ditapis terlebih dulu dan bukan terus diterima.

“Kalau d beliau sesuai (sertai parti), maka kita akan terima (permohonan). Kalau tak sesuai, makan kita akan tolak,” kata Dr Mahathir selepas forum Riding The Next Wave Of High Technology di Cyberjaya hari ini.

Susulan pengumumannya untuk masuk Bersatu semalam, parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan pengguna media sosial mendesak supaya Bersatu tidak menerima Rahim dan mengingatkan ia akan menjejaskan kredibiliti kerajaan yang memerintah.

Mereka mengingatkan Bersatu mengenai Rahim yang terlepas dari kes rogol pada 1990-an yang menyebabkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dipenjarakan.

“Kita akan kaji dulu jika beliau sudah keluar Umno dan jadi bebas. Jika beliau sesuai, maka kita akan terima,” kata perdana menteri.

Rahim merupakan ketua menteri Melaka keenam yang memegang jawatan itu antara 26 April 1982 hingga 14 Okt 1994 dan pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno untuk penggal 1993-1996.

Kedudukannya sebagai ketua menteri berakhir dengan kontroversi selepas dituduh merogol kanak-kanak bawah umur, suatu jenayah statutori, yang kemudiannya ditarik balik oleh pendakwa raya.

Selepas disabitkan tuduhan itu, Rahim terpaksa melepaskan jawatan ketua menteri dan ketua Pemuda Umno. 

Pada 2011, Rahim bersama dua individu dinamakan sebagai “Datuk T” mendedahkan rakaman video hubungan seks seorang individu yang dikatakan mirip Anwar.

Semalam, beliau mengumumkan akan menyertai Bersatu kerana Umno sudah hilang roh perjuangan Melayu akibat rasuah.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata permohonan Rahim itu mesti dilihat dalam konteks semasa dan bukan sejarah lampau politik beliau.  – 17 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Klu Bersatu terima Rahim, nmpk sgt Bersatu hendak berkuasa selama2nya dan menyingkirkan PKR. Bersatu kena ingat, tanpa PKR, Bersatu x kemana. PH skrg sudah cukup kerusi utk memerintah, kenapa perlu terima org2 UMNO yg dulu menghina, menindas, memenjara, memfitnah dan mengherdik org2 PKR dan parti2 pembangkang lain pada waktu itu. Ashamed on you, Bersatu. Dah dpt betis, nakkan paha.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Leng Kapri As Saribasi · Ulasan