RAFIZI Ramli mengekalkan kemenangan di Keningau, Sabah selepas menewaskan Mohamed Azmin Ali dalam sesi pemilihan PKR yang diadakan semula di Pensiangan dengan majoriti besar sebanyak 2,126 undi.
Calon timbalan presiden PKR itu meraih 2,388 undian manakala Azmin yang merupakan penyandang jawatan itu, hanya memperoleh 262 undi.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengadakan proses pengundian semula di Pensiang selepas sesi pemilihan pertama menghadapi masalah rangkaian Internet yang lemah pada 4 November lalu.
JPP turut dijangka mengumumkan keputusan proses pengundian semula di Tawau dalam masa terdekat.
Rafizsi juga memenangi pemilihan di cabang itu pada 4 November lalu dengan 750 undi untuk mengatasi Azmin yang mendapat 187 undi.
Pensiangan mengundi semula hari ini selepas proses pengundian hujung minggu lalu dihentikan dan kemudian ditangguhkan kerana faktor keselamatan, atas persetujuan semua calon.
Dua cabang lain di Sabah juga mengundi sekali lagi iaitu Keningau semalam dan Tawau hari ini.
Di Keningau semalam, Rafizi bersaing sengit dan menang hanya tiga undi mengalahkan Azmin. – 11 November, 2018.
Komen