Suami saya bukan gila kuasa, kata isteri Zahid


Ravin Palanisamy Christopher Rabin

Hamidah Khamis memberitahu ada orang di dalam Umno yang mengkhianati suaminya. – Gambar Facebook, 19 Oktober, 2018.

PRESIDEN Umno, Ahmad Zahid Hamidi bukannya gila kuasa dan membenarkan orang lain bertanding bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan parti baru-baru ini, kata isterinya Hamidah Khamis.

Bagaimanapun, ada orang di dalam Umno yang mengkhianati beliau, katanya bagi menjelaskan kenyataannya semalam yang “orang Melayu saling bermusuhan” di bawah kerajaan baru.

Hamidah berkata beliau merujuk kepada perpecahan dalam Umno, yang memerintah negara itu melalui gabungan Barisan Nasional selama enam dekad.

Beliau berkata Umno kini berpecah, berikutan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Ada orang dalam parti yang sama mengkhianati satu sama lain. Orang-orang yang sama tidak boleh menerima kenapa Zahid dipilih sebagai presiden Umno.

“Jawatan presiden Umno tidak dipertandingkan selama 30 tahun yang lalu,”

“Bagaimanapun, Zahid mahu jawatan presiden itu dipertandingkan, kerana beliau ingin membuktikan bahawa beliau tidak gila kuasa,” katanya semasa perhimpunan solidariti di Putrajaya untuk suaminya malam tadi.

Hamidah sebelum ini mengatakan perbalahan antara pemimpin daripada keluarga politik “yang memerintah negara ini selama enam dekad” menghancurkan maruah orang Melayu.

Zahid ditangkap semalam dan menghadapi tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 (Amla) serta Seksyen 23 Akta SPRM 2009, yang melibatkan penyalahgunaan kuasa.

Tuduhan itu berkaitan dakwaan rasuah yang melibatkan yayasan amal milik keluarga yang dipengerusikannya, Yayasan Akal Budi. – 19 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen