PENTERNAKAN kerang merupakan industri jutaan ringgit di Malaysia. Ia memuncak pada 2005 apabila mengeluarkan 100,000 tan kerang untuk pasaran tempatan dan eksport. Sering dihidang dalam cahr koay teow, mi kari dan di gerai ‘lok-lok’, kerang menambah perisa makanan laut ke dalam hidangan.
Kuala Sepetang pernah menjadi lokasi penterbakan kerang terbesar di Malaysia. Penternak kerang biasanya meraih pendapatan sehingga RM5,000 ke RM6,000 sebulan. Namun kini tuaiannya semakin berkurangan kepada hanya 7,000 tan setahun.
Kebanyakan penternak beralih kepada indutri akuakultur lain seperti ikan dan udang, atau membawa penumpang dengan bot mereka ketika ekonomi semakin berkembang di Kuala Sepetang.
Mereka yang masih menternak kerang hanya mampu berpuas hati dengan hasil yang sedikit. Aada yang terpaksa menuai pada awal tempooh matangnya, iaitu ketika saiznya hanya sebesar syiling 5 sen walaupun mereka akan mendapat hasil yang lebih baik dengan saiz sebesar 50 sen atau lebih besar.
Pencemaran laut dipercayai berpunca daripada saluran pembentungan, akuakultur dan pembuangan sampah secara terbuka menjadi antara punca kekurangan hasil. Ia turut dibimbangi tercemar dengan Hepatitis A. Pemantauan kualiti air yang berterusan di kawasan penternakan kerang amat penting untuk pengeluaran hasil yang lebih baik. – 30 September, 2018
Pekerja membersihkan kerang daripapa kotoran dan lumpur di Kuala Sepetang, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018
Pemandangan perkampungan nelayan di Kuala Sepetang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018Bot nelayan meninggalkan Kuala Sepetang di Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018Beberapa bakul kerang yang akan di proses di Kuala Sepetang di Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018Pekerja sedang mencuci kerang sebelum dipasarkan di Kuala Sepetang, Perak.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018 Kuala Sepetang kini menghasilkan kira-kira 7,000 tan kerang setahun. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018 Beberapa bakul kerang yang sudah diproses sedia untuk dipasarkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018 Kerang yang baru dituai disembur air untuk dibersihkan sebelum dibawa naik ke jeti.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018 Kekurangan hasil kerang yang didakwa penternak berpunca oleh pencemaran menjejaskan pendapatan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018 Bot laju melintasi Kuala Sepetang ketika matahari semakin terbenam.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018 Pemandangan matahari terbit berlatarkan pemandangan paya bakau di Kuala Sepetang.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 September, 2018
Komen