Ratusan berhimpun bantah keganasan Israel ke atas Gaza


Afif Abd Halim

RATUSAN penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara selepas solat Jumaat hari ini berhubung pengepungan berterusan Israel ke atas Gaza.

Perhimpunan bermula di Menara Tabung Haji, dengan penunjuk perasaan melaungkan slogan menentang AS ketika mereka berarak menuju ke kedutaan.

Mereka melepaskan kemarahan mereka terhadap Israel kerana menyerang sebuah hospital dan membunuh ratusan mangsa sepanjang minggu lalu. – 20 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen