FESTIVAL Sard Duen Sib adalah satu perayaan penting bagi penduduk di selatan Thai. Ia disambut kerana mereka percaya roh nenek moyang akan kembali melawat sanak- saudara pada bulan sepuluh dalam kalendar lunar. Ahli keluarga akan menunjukkan menyediakan makanan untuk diberi kepada sami sebagai tanda kesyukuran.
Bagi masyarakat minoriti Thai di Kedah, upacara perayaan ini akan dimulakan di Wat Lampam yang juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional Dan Kesejahteraan Sosial) Senator P. Waythamoorthy. Beliau disambut dengan tarian sebelum dibawa ke dewan utama untuk bertemu dengan ketua sami dan berdoa. Senator itu juga mengambil peluang untuk mendengar masalah dan permintaan dari masyarakat ini.
Pada hari terakhir sambutan festival Sard Duen Sib yang dipanggil Ching Pred, disambut pada hari ke-15 pada bulan kesepuluh dalam kalendar lunar. Selepas upacara sembahyang, sami akan meletakkan semua makanan yang dipersembahkan oleh penganut di sebuah bangunan diberi nama Sala Pred untuk roh nenek moyang mereka ‘menjamu selera”. Baki makanan dibiarkan di atas meja dan di hujung meja yang sama, himpunan manisan diletakkan untuk dimakan bersama-sama penganut. Mereka juga akan mengambil lebihan makanan kerana percaya akan dikurniakan masa depan yang cerah. – 26 September, 2018.
Masyarakat minoriti Siam di Kampung Lampam, Pendang di Kedah membawa makanan untuk dipersembahkan kepada roh nenek moyang mereka bersempena sambutan Festival Sard Duen Sib. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.
Kaum wanita masyarakat Siam di Kampung Lampam, Pendang membawa nasi pada sambutan Festival Sard Duen Sib. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.
Penganut agama Buddha menyertai upacara tafakur yang diketuai oleh para sami semasa Festival Sard Duen Sib. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.Pelbagai jenis makanan yang dimasak oleh masyakarat minoriti Siam di Kampung Lampam, Pendang di Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.Sambutan Festival Sard Duen Sib disambut meriah oleh masyarakat Siam di Kampung Lampam, Pendang di Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.Seorang anak kecil mengikut neneknya menyambut Festival Sard Duen Sib di Kampung Lampam, Pendang di Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.Masyarakat minoriti Thai di Kampung Lampam, Pendang berkumpul di kuil menyambut Festival Sard Duen Sib. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.Ukiran naga di bumbung kuil Wat Lampam di Kampung Lampam, Pendang di Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.
Seorang warga emas dibantu ketika menuruni tangga di kuil Wat Lampam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional Dan Kesejahteraan Sosial) Senator P. Waythamoorthy menyertai upacara sembahyang di kuil Wat Lampam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.
Masyarakat minoriti Siam di Kampung Lampam, Pendang menunggu kedatangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional Dan Kesejahteraan Sosial) Senator P. Waythamoorthy di kuil Wat Lampam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.Pelbagai jenis juadah disusun rapi semasa sambutan Festival Sard Duen Sib di Wat Lampam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.Makanan yang ditinggalkan untuk roh nenk moyang masyarakat minoriti Siam di kuil Wat Lampam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 26 September, 2018.
Komen