TANGGAL 14 September 2017, beberapa jam sebelum masuk waktu Subuh, pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur menjerit meminta pertolongan . Namun, jeritan dari tingkat paling atas bangunan sementara yang sedang dijilat api marak itu tidak didengari kerana penduduk sekitar yang masih lena tidur.
21 pelajar maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang disengajakan akibat dendam. Turut terkorban ialah dua orang warden mereka. Hanya 11 pelajar berjaya menyelamatkan diri. Mereka kini ditempatkan di bangunan baharu di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur. – 15 September, 2018.
Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sedang menghafal ayat Al-Quran di bangunan baharu sekolah mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Bangunan kekal Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur. Bangunan yang terbakar sebelum ini merupakan bangunan sementara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sedang mengahal Al-Quran, yang menjadi rutin mereka setiap hari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Salah seorang pelajar sedang memakai serban, bersiap-sedia untuk menunaikan solat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Selain menghafal Al-Quran, anak-anak ini turut bersama-sama membersihkan sekolah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Seperti juga kanak-kanak lain, pelajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengisi masa lapang dengan bermain bola bersama rakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Bagi yang tidak gemarkan aktiviti luar, mereka hanya melihat rakan bermain dari dalam bilik asarama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Anak-anak tahfiz ini sering dijemput ke majlis-majlis kesyukuran untuk membaca Al-Quran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Seorang pelajar mengintai bangunan sekolah mereka yang terbakar menerusi pagar besi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Empat daripada 11 pelajar yang terselamat dalam kebakaran itu menahan sebak mengingati peristiwa yang meragut nyawa 21 rakan dan dua warden mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Indra Kurniawan Abdullah, antara yang terselamat dalam kebakaran tersebut. Ketika kejadian, beliau melompat dari tingkat atas bangunan tiga tingkat ke atas tanah. Indra koma selama sebulan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bersama ahli keluarga membaca Yassin pada majlis kesyukuran yang diadakan setahun selepas kebakaran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2018.
Komen