SETAHUN yang lepas, kebakaran berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, sebuah sekolah tahfiz di Kampung Datuk Keramat. Kebakaran yang disengajakan akibat dendam itu telah meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden.
Datuk Keramat terletak kurang 4km dari Menara Berkembar Petronas, yang dikelilingi oleh masyarakat kelas tinggi yang hidup dalam kemewahan di Jalan Ampang. Sedang Datuk Keramat, didiami oleh penduduk kelas pertengahan, kebanyakannya golongan pendatang asing yang menetap di situ dengan impian mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Ramai antara mereka membuat kerja rencam, berniaga secara kecil-kecilan dan melakukan kerja-kerja berat bagi memenuhi keperluan hidup masing-masing di ibu kota yang serba mencabar. – 14 September, 2018.
Seorang penduduk berjalan kaki ke rumah selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Akram di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.Setahun yang lalu, 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat terbunuh dalam kebakaran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.Sebuah rumah papan di Kampung Datuk Keramat yang dihuni lebih daripada sebuah keluarga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.Seorang penduduk Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpr berehat selepas balik dari kerja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.Kanak-kanak di Kampung Datuk Keramat bermain bersama rakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.Kampung Datuk Keramat mempunyai banyak kedai makan dan restoran yang juga menjalankan khidmat katering. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.Seorang penyewa bilik di Kampung Datuk Keramat menonton televisyen selepas bekerja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.Dua rakan sedang berbual di luar sebuah kedai runcit di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.Kanak-kanak di Kampung Datuk Keramat mempunyai hubungan yang erat dan sering meluangkan masa bersama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 September, 2018.
Komen