BUAT pertama kalinya, Kampung Aur mula menggunakan lampu dan menjadi kampung Orang Asli Batek kedua di Taman Negara yang berbuat demikian.
Terletak di sepanjang sempadan taman negara, kira-kira 9km dari Kuala Tahan dan hanya boleh diakses melalui bot melalui Sungai Tembeling, kampung itu tidak mempunyai sebarang kemudahan asas.
Penduduknya menjalani kehidupan berpindah randah, sering menghabiskan masa yang lama di dalam hutan untuk memburu dan mengumpulkan segala keperluan.
Bagaimanapun, dengan aktiviti pembalakan dan perladangan semakin mengancam kehidupan mereka, etnik itu terpaksa mencari sumber pendapatan lain, seperti kraf dan pelancongan. Mereka juga mula mengutamakan pendidikan untuk anak-anak.
Kehadiran lampu dapat membantu penduduk kampung dengan kerja-kerja kraftangan mereka, begitu juga memudahkan kanak-kanak membuat kerja sekolah pada waktu malam.
Lampu LED lampu mudah alih yang boleh dicas semula - menggunakan panel solar - ditaja oleh firma arkitek Veritas Design Group, syarikat pembinaan Haskell Malaysia serta Lewis and Clark College di Portland, Amerika Syarikat, melalui inisiatif “Kampungku” oleh organisasi pemuliharaan bukan berasaskan keuntungan, EcoMy.
Tahun lepas, di bawah inisiatif yang sama, Kampung Dedari di sebelah Kampung Aur, menerima lampu dengan sistem serupa. Kampung Dedari juga mula membuka beberapa “pondok hutan” bagi menerima kedatangan pelancong. – 5 September, 2018.
Seorang sukarelawan membantu Orang Asli memasang lampu solar mudah alih di Kampung Aur di Taman Negara, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.
Sukarelawan membantu Orang Asli untuk menetapkan panel solar mudah alih pada sebelah siang di Kampung Aur di Taman Negara, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.
Seorang sukarelawan membantu Orang Asli untuk memasang lampu solar mudah alih di Kapung Aur di Taman Negara, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.Seorang Orang Asli menggantung lampu solar bagi menerangi rumahnya di Kampung Aur di Taman Negara, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.Masyarakat Orang Asli Batek memegang lampu solar masing-masing untuk diletakkan di rumah mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.Orang Asli Batek membawa lampu solar mereka sambil berjalan pulang ke kediaman masing-masing di Kampung Aur di Taman Negara, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.Panel solar dan lampu mudah alih dicas pada waktu siang sebelum ia boleh digunakan pada sebelah malamnya oleh penduduk Kampung Aur di Taman Negara, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.
Masyarakat Orang Asli Batek dengan lampu solar mereka bersedia memasang lampu di kediaman mereka di Kampung Aur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.
Volunteers helping the Orang Asli to test their portable sSukarelawan membantu Orang Asli menguji lampu solar mudah alih mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.lar lights. – The Malaysian Insight pic by Nazir Sufari, September 5, 2018.Anak Orang Asli di hadapan Jalur Gemilang yang tergantung di rumahnya di Kampung Aur di Taman Negara, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.Anak-anak Orang Asli memperlihatkan gaya potongan rambut mereka di Kampung Aur di Taman Negara, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 September 2018.
Komen