MALIM Nawar merupakan salah satu lokasi pengeluar timah utama dengan aktiviti perlombongan meninggalkan banyak bekas lombong yang menjadi tasik. Kawasan tasik ini menjadi kawasan pembiakan ikan air tawar sekaligus mengubah perkampungan di daerah Kampar daripada pengeluar timah terbesar kepada pengeluar ikan air tawar terbesar.
Ratusan nelayan dan keluarga mreka bergantung kepada aktiviti menangkap ikan sebagai sumber pendapatan utama. Ada di antara mereka keluar menangkap ikan ketika ada masa terluang bagi menambah pendapatan dan kebanyakannya merupakan nelayan sepenuh masa.
Bagaimanapun sejak 8 tahun lalu, kebanyakan tasik ini menjadi milik syarikat swasta atau hak persendirian. Kawasan tasik ini dipagar bagi mengelakkan penduduk kampung menangkap ikan. Tindakan ini menyekat sumber pencarian mereka. – 13 Ogos, 2018
Seorang nelayan mendayung sampan di sekitar kawasan tasik di Malim Nawar untuk melihat hasil tangkapannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018Salah seorang nelayan darat yang dikenali sebagai Pak Tam. Pak Tam menjadikan aktiviti menangkap ikan ini bagi menambah sumber pendapatan. Beliau bekerja di sebuah kuari pada waktu siang dan akan memeriksa jaring yang dipasang seawal jam 5 pagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018. Kawasan tasik di Malim Nawar yang kaya dengan ikan air tawar menjadi sumber rezeki kepada penduduk tempatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018. Seorang nelayan menunaikan solat di tebing tasik sebelum meneruskan aktiviti menangkap ikan di Malim Nawar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018. Seorang nelayan melihat jaring dipenuhi ikan air tawar yang menjadi sumber rezeki mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018. Peniaga ikan menimbang hasil tangkapan nelayan darat untuk dijual kepada pelanggan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018. Nelayan darat menunggu cuaca baik untuk turun menangkap ikan kerana ketika angin kuat, aktiviti menangkap ikan di tasik berkenaan agak berbahaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018. Seorang peniaga menunggu hasil tangkapan daripada nelayan darat untuk dijual di pasar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018. Pak Tam berehat seketika selepas memasang jaring di sebuah tasik di Malim Nawar. Pak Tam menjadikan aktiviti menangkap ikan ini untuk menambah sumber pendapatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Ogos, 2018.
Komen