BUAH durian sememangnya manis dan digemari ramai tetapi bagi Orang Asli Gua Musang di Kaleeg, hasil tanaman kawasan tertentu memberi “buah” yang pahit dan menyakitkan.
Selama lima bulan, kira-kira 200 Orang Asli dari enam kampung cuba menghalang pekerja ladang seluas 400 hektar daripada melalui tanah adat mereka.
Orang Asli di situ diancam dan diganggu ketika menjaga sekatan yang menghalang jalan menuju ke ladang itu.
Para aktivis berada di situ bagi mengawal sekatan 24 jam sehari selama tujuh hari seminggu untuk mengelakkan pekerja dan jentera berat masuk ke ladang.
Semakin banyak tanaman, semakin banyak hutan komunal mereka ditebang dan dimusnahkan.
Semasa pemerintahan kerajaan lalu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tiada kerajaan persekutuan mahupun negeri mendengar rayuan mereka.
Tetapi dalam pentadbiran “Malaysia baru”, mereka menerima kunjungan daripada timbalan menteri persekutuan yang berjanji untuk membantu mereka berunding dengan kerajaan Kelantan berhubung hak tanah itu.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Sivarasa Rasiah juga menyokong hak untuk meneruskan sekatan demi melindungi tanah mereka. – 3 Ogos, 2018.
Beberapa lelaki Orang Asli sedang menjaga sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Orang Asli dengan pakaian tradisional mereka menunggu ketibaan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Sivarasa Rasiah di sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.
Tanah seluas 400 hektar dibersihkan untuk membuka ladang durian Musang King berhampiran Kuala Betis di Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Nur Mohd Syafiq Dendi Abdullah (tengah) di sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan sambil memerhatian dua rakannya mengalihkan tiang di pintu pagar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Sekumpulan Orang Asli yang menjaga sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang, melapah babi hutan untuk makanan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Orang Asli berehat di sebuah pondok di sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Orang Asli menggunakan air sungai untuk mencuci ketika menyediakan makanan tengah hari di sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Sekumpulan Orang Asli menunggu makanan mereka di sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.
Seorang wanita tua di rumah dekat Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Kanak-kanak riang bermain selepas tamat waktu sekolah di Pos Tohoi, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Sebuah pikap melepasi sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Pondok kayu yang menjadi tempat berlindung Orang Asli yang mengawal sekatan Kaleeg berhampiran Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.Beberapa wanita Orang Asli menunggu ketibaan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah R. Sivarasa di sekatan Kaleeg dekat Kuala Betis, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.
Penduduk Orang Asli berkumpul untuk mendengar dialog antara wakil mereka dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah R. Sivarasa di sekatan Chawas berhampiran Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Ogos 2018.
Komen