Bon Odori di Malaysia


Najjua Zulkefli

FESTIVAL Obon adalah perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka. Kelab Jepun Kuala Lumpur baru-baru ini menyambutnya dengan majlis dan tarian Bon Odori.

Rakyat Jepun sudah meraikan festival ini lebih setengah abad, yang menampilkan persembahan tarian dikenali sebagai Bon Odori.

Ia adalah sejenis tarian diiringi nyanyian lagu tradisional.

Tahun ini adalah kali ke-42 majlis itu diadakan di Malaysia. Tahun lepas, Malaysia dan Jepun menyambut ulang tahun hubungan diplomatic ke-72.

42 pelajar Japan School of Kuala Lumpur dan 140 pelajar tempatan, lengkap berpakaian tradisional Jepun menyertai persembahan itu.

Majlis turut dimeriahkan dengan gerai makanan yang menawarkan makanan Jepun untuk santapan pelawat. – 23 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen