REAKSI biasa akan anda terima apabila bertanya kepada mana-mana penduduk Pulau Pinang mengenai Bukit Bendera adalah tiada aktiviti menarik boleh dilakukan di sana.
Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, Bukit Bendera berubah wajah tanpa disedari. Banyak tempat dan aktiviti baru ditambah tanpa banyak publisiti dan semua khazanah ini tersembunyi pada pandangan biasa, bahkan kepada penduduk setempat.
Dalam usaha untuk mempublikasikan tarikan Bukit Bendera dan untuk meraikan sejarah dan warisan semula jadi serta kebudayaannya, Festival Bukit Bendera 2018 yang pertama akan diadakan bermula hari ini hingga 29 Julai.
Bertemakan “Lihat Alam, Rasakan Sejarah” ia mengadakan beberapa program menarik untuk meraikan semua aspek yang berbeza di Bukit Bendera.
Orang ramai yang berkunjung ke sini semasa festival boleh mengambil bahagian dalam pelbagai program seperti bengkel fotografi alam semula jadi, berjalan alam semula jadi, eksplorasi malam dan lawatan warisan dengan jurupandu secara percuma. – 21 Julai, 2018.
Kabus menutupi Bukit Strawberi yang terletak di Bukit Bendera, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.
Pencinta seni fotografi mengabadikan suasana indah matahari terbit dari Anjung Tinjau, Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.Pemandangan bandar George Town dari Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.
Tumbuhan periuk kera merah yang terdapat di Kafe Monkeycup di Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.Seekor labah-labah gergasi yang dapat dilihat di Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.Seekor lutong kelabu memeluk anaknya di kawasan Taman Herba Tropika di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.Kafe David Brown pada waktu senja di Bukit Strawberi, Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.Bukit Bendera kini berwajah baru dengan pertambahan pelbagai tarikan kepada pengunjung. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.
Pemandangan bandar George Town dari Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.
Seorang lelaki berpakaian badut menjual belon di Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.
Suga, seorang sukarelawan, memberikan taklimat semasa lawatan alam semulajadi di Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.
Pelbagai pilihan makanan pencuci mulut yang lazat di Kafe Cliff Cafe, Bukit Bendera. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 Julai, 2018.
Komen