SELEPAS lama tidak diadakan, Kejohanan Sukan La Salle dianjurkan tahun ini, dengan lapan sekolah di bawah rangkaian La Salle mengambil bahagian. La Salle PJ menjadi tuan rumah, dan kejohanan disertai La Salle Klang, La Salle Sentul, St John’s Institution (KL), St Paul’s Institution (Seremban), St Francis Institution (Melaka) serta St John’s International (KL) yang bertanding dalam enam jenis kategori sukan.
Majlis tahunan yang dibiayai sendiri itu tidak dianjurkan hampir 30 tahun disebabkan kekurangan tenaga kerja dan sumber untuk mengadakan kejohanan besar. Di bawah kerajaan baharu dan sumbangan alumni La Salle menerusi Persekutuan Persatuan Alumni La Salle Malaysia dan De La Salle Brothers of Malaysia, pertandingan untuk pelajar bawah 14 tahun itu berjalan meriah. – 14 Julai, 2018.
Atlit olahraga beraksi ketika pertandingan di SMK La Salle di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Kontigen SMK La Salle Sentul di majlis perasmian Kejohanan Sukan La Salle 2018 di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Pemain paip dan drum membuat persembahan di Kejohanan Sukan La Salle 2018 di SMK La Salle di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Peserta Kejohanan Sukan La Salle 2018 berhimpun di padang SMK La Salle di Petaling Jaya. Selepas lama tidak diadakan, kejohanan itu kembali dianjurkan tahun ini dengan penglibatan lapan buah sekolah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Peserta mengambil jersi mereka sempena Kejohanan Sukan La Salle 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Pemain bola sepak muda bersiap sedia sebelum pertandingan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Pelajar La Salle di SMK La Salle. La Salle mempunyai 44 sekolah di seluruh Malaysia, dengan 32 berada di Semenanjung manakala 12 sekolah di Sabah dan Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Pasukan bola sepak bergambar kumpulan sebelum pertandingan pada Kejohanan Sukan La Salle 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Pasukan bola sepak La Salle Klang memanaskan badan sebelum pertandingan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Piala di susun dan sedia diserahkan kepada juara Kejohanan Sukan La Salle 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Bukan hanya peserta seronok bertanding, penyokong dan guru turut sama memeriahkan pertandingan badminton pada Kejohanan Sukan La Salle 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.Pelajar St John’s International School meraikan kejayaan mengutip mata pada pertandingan ping pong di SMK La Salle di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2018.
Komen