TARIAN Asyik merupakan tarian popular di Patani dan Kelantan. Menurut Hikayat Patani, tarian itu dicipta pada 1644 bagi menghiburkan Ratu Kuning yang berduka selepas kehilangan burung kesayangannya. Tarian itu dinamakan “yang disayangi” yang dirujuk kepada burung yang hilang itu.
Persembahan itu dimulakan dengan 10 penari berpakaian tradisi memasuki dewan dan duduk dengan gemalai. Primadona, yang juga dikebali sebagai Puteri Asyik, kemudian muncul dan tarian bermula dengan gerakan yang lembut dan lemah gemalai.
Orkestra yang mengiringi setiap persembahan terdiri daripada 11 alat muzik gedombak asyik, gambang yang biasanya dibuat demgan kepingan kayu atau tembaga dan rebab.
Walaupun ia bermula sebagai tarian di istana, dengan perubahan zaman, tarian itu mula menjadi popular dalam kalangan rakyat biasa yang menggunakannya sebagai hiburan pada perayaan atau perkahwinan.– 1 Julai, 2018
Penari lengkap berpakaian tradisi memulakan persembahan tarian Asyik di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Penari melakukan persiapan di belakang pentas sebelum memulakan persembahan tarian Asyik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Penari menunggu di belakang pentas sebelum memulakan persembahan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Penari sedang mengenakan aksesori bagi melengkapkan busana tradisi sebelum memulakan tarian.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Penari di belakang pentas sebelum memulakan persembahan tarian Asyik.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Penari tradisi bersedia di belakng pentas untuk memulakan persembahan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Lenggok gemalai penari dapat disaksikan dalam persembahan tarian Asyik.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Peralatan tradisi turut mengiringi tarian asyik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Penari memulakan tarian Asyik.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Tarian Asyik yang popular di Patani dan Kelantan dipersembahkan di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Langkah tarian Asyik yang dipersembahkan oleh penari tradisional di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018Keunikan dan kelembutan dalam tarian Asyik mampu memukau penonton.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2018
Komen