MEMBELI pakaian adalah sebahagian perkara penting dalam menyediakan kelengkapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Di penghujung Ramadan, aktiviti beli-belah semakin giat berlangsung.
Bagi mereka yang mencari barangan pada harga lebih berpatutan selain pakaian vintaj dan jarang ditemui, mereka hanya perlu ke pasar malam di Jalan Raja Bot.
Berlatarbelakangkan Menara Perkembar Petronas dan laluan mudah menggunakan KL monorail, jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan Chow Kit, berubah wajah menjadi kawasan pasar lambak pada waktu malam.
Lebih 200 peniaga ada di jalan itu bermula jam 10 malam hingga 4 pagi, menjadikan ia destinasi popular untuk golongan muda. – 12 Jun, 2018.
Peminat barangan terpakai atau bundle membanjiri Jalan Raja Bot di Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membeli pakaian. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.Seorang penjual mempamerkan kemeja T yang dijualnya untuk menarik minat pelanggan di pasar malam di Jalan Raja Bot yang banyak menampilkan barangan vintaj. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.Seorang pembeli melihat-lihat jaket yang dijual di pasar malam Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur sebelum membelinya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.Orang ramai kelihatan di pasar malam Jalan Raja Bot, membeli-belah pakaian harian dan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.Gaya kreatif penjual apabila menggunakan trak untuk mempamerkan kasut jualannya di pasar malam Jalan Raja Bot. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.Sabar menanti pelanggan, peniaga barangan vintaj dan pakaian menunggu di hadapan barangan jualan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.Sebuah lori kelihatan melewati gerai-gerai jualan barangan terpakai di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.Seorang peniaga minuman menjual air kepada pengunjung dan penjaja di pasar malam Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Lebih 200 peniaga berniaga di kawasan itu setiap malam hingga awal pagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.Seorang peniaga menunggu pelanggan di pasar malam Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Bagi yang gemarkan barangan vintaj dan unik, inilah lubuknya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2018.
Komen