ARTIS dan penyair Rahmat Haron memotong rambutnya yang disimpan hampir 20 tahun sebagai membayar nazar Barisan Nasional kalah pilihan raya dan terpelanting dari Putrajaya.
Rambut gaya dreadlock itu panjangnya lebih satu setengah meter dan mencecah ke lantai.
“Tiada yang kekal,” kata Rahmat, ketika ditanya kesanggupannya memotong rambut yang dipilin dan dibelanya sejak tahun 1999.
Rahmat, 40, sebelum ini pernah membuat nazar yang sama pada pilihan raya umum 2004 dan seterusnya, sampailah BN akhirnya tumbang pada pilihan raya umum ke-14.
Acara potong rambut itu dihadiri oleh Sasterawan Negara, A Samad Said; penyair Pyanhabib; aktivis sosial Hishamuddin Rais dan kenalan rapat, dalam satu majlis yang diatur sebagai sebuah persembahan seni di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada Ahad. – 5 Jun, 2018.
Rahmat Haron berucap sebelum rambutnya dipotong di Petaling Jaya, Selangor. Rahmat mula menyimpan rambut 'dreadlock' sejak 2004 dan bernazar akan memotong rambutnya hanya apabila Barisan Nasional tidak lagi berkuasa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.Rahmat Haron bersiap sedia mengambil tempat sebelum rambutnya dipotong semasa acara seni di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.
Hadirin mengambil gambar ketika rambut Rahmat Haron dipotong dalam satu acara seni di Petaling Jaya, Selangor. Rahmat terkenal sebagai artis dan penyair serta gaya dreadlocknya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.Gambar jarak dekat Rahmat Haron memotong rambutnya semasa acara seni di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.Seorang rakan membantu Rahmat mencukur rambutnya di Petaling Jaya, Selangor. Rahmat telah menyimpan rambutnya selama hampir 20 tahun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.Rambut Rahmat dicukur menggunakan krim pencukur pada acara seni di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.
Rahmat melihat di cermin semasa rambutnya dicukur di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.
Hadirin merakam gambar rambut dreadlock Rahmat di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.Senyuman gembira Rahmat selepas menunaikan nazarnya untuk memotong rambut selepas Barisan Nasional tidak lagi berada di tampuk kuasa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2018.
Komen