Ketuk-ketuk sahur di Kampung Bukit Piatu


Nazir Sufari

DI Kampung Bukit Piatu, Melaka, amalan yang menjadi tradisi sekian lama menandakan bermulanya Ramadan.

Setiap hari bermula pukul 3 pagi, dari awal hingga akhir Ramadan, sekumpulan penduduk kampung tidak kira tua dan muda akan berkumpul bersama-sama untuk membangunkan penduduk kampung untuk bersahur - dengan alunan muzik dan lagu.

Dilengkapi dengan gendang dan serunai, kumpulan itu memulakan perjalanan sejauh 3km di sekitar kampung sambil memainkan lagu hari raya bagi memastikan semua orang bangun sambil berjalan kaki.

Tradisi ini diamalkan di sini sejak lebih 75 tahun dan menjadi aktiviti ditunggu-tunggu oleh penduduknya setiap tahun. – 3 Mei, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen