PENGHIBUR jalanan atau “busker” menyara kehidupan mereka dengan menghiburkan orang ramai di pusat membeli-belah atau tepi-tepi jalan.
Bagaimanapun, kenaikan kos sara hidup memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Jika lima tahun lalu, mereka mampu memperoleh sehingga RM200 sehari tetapi kini tidak lagi. Kebiasannya, mereka hanya mampu mendapat kira-kira RM30 hingga RM50 sehari.
Azmyl Yunor, 41, pensyarah seni persembahan di sebuah universiti swasta dan busker berpengalaman berkata: “Orang ramai sanggup membayar selagi mereka mampu. Sekarang mereka ke pusat membeli-belah tetapi tidak berbelanja.”
Mungkin ramai yang tidak menyedari, para busker ini juga perlu melabur dalam peralatan muzik.
“Alat muzik kami diimport dari Jepun dan Amerika Syarikat. Dengan nilai yang ringgit begitu lemah, membeli peralatan dari luar negara menjadi lebih mahal,” kata Moses Sta Maria, 59 tahun.
Selepas sekian wujud dalam masyarakat, busker ini masih bergelut untuk memahamkan masyarakat yang mereka bukanlah pengemis kerana sering dibandingkan dengan golongan itu.
Walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi, masih ramai yang meneruskan perjuangan mereka demi minat yang mendalam. – 27 Mac, 2018.
Orang ramai menyaksikan persembahan kumpulan muzik di depan pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Moses Sta Maria membuat persembahan di pusat membeli-belah Alamanda di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Azmyl Yunor, pensyarah seni persembahan di sebuah universiti swasta dan penghibur jalanan berpengalaman membuat persembahan di pusat membeli-belah Damansara di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Seorang pengunjung berswafoto dan menyanyi bersama Eyelitz di pusat beli-belah Avenue K di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Seorang wanita menghulurkan sumbangannya ke dalam bekas gitar semasa persembahan penghibur jalanan di pusat membeli-belah Damansara City di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Kumpulan muzik Skynett menyediakan peralatan mereka sebelum memulakan persembahan di pusat beli-belah Avenue K di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Moses Sta Maria melihat helaian kertas muziknya sebelum memulakan persembahan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Dicky, bapa kepada tiga anak, bermain gitar di pusat beli-belah Avenue K di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Moses Sta Maria menolak kereta sorong yang membawa alat muziknya di pusat membeli-belah Alamanda di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.Azmyl Yunor mengemaskan peralatannya selepas selesai membuat persembahan pusat beli-belah Damansara City di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Mac, 2018.
Komen