KAMPUNG Tepoh di Kuala Nerus, Terengganu merupakan antara kampung yang masih menghasilkan, memainkan malah menganjurkan pertandingan gasing pangkah setiap tahun.
Bulan ini, pertandingan liga antara kampung sekitar Kuala Nerus akan berlangsung di Kampung Tepoh dan persiapannya telah dilakukan sejak awal lagi. Pok Mokhtar, 67 merupakan pembuat gasing pangkah dan dikenali dalam kalangan komuniti itu. Beliau terbabit dalam bidang ini sejak 25 tahun lalu.
Setiap gasing bernilai antara RM200 hingga RM300. Setiap gasing yang dihasilkan mengambil masa sehingga tiga hari untuk disiapkan. Pok Mokhtar selalunya disebut sebagai pembuat gasing terbaik - bermula dari pembuatan gasing dan ketika pertandingan termasuk penglibatan pawang.
Setiap kampung memiliki pawangnya sendiri ketiak pertandingan. Apabila Pok Mokhtar semakin berusia, beliau masih belum menemui pelapisnya - walaupun dalam kalangan ahli keluarganya. Nampaknya gasing pangkah semakin dilupakan oleh generasi muda.
Apa yang menjadi berita baik adalah pertandingan ini disokong oleh pihak berkuasa pelancongan di Terengganu dan hadiah pertandingan itu mencecah RM5,000. Ia adalah bagi mengekalkan tradisi budaya di kala dunia semakin mencapai kemajuan dan mencabar.
Kata Pok Mokhtar “Kita ada tradisi dan budaya. Tetapi kita kehilangan generasi seterusnya untuk mewarisi dan mempertahankan warisan ini”. – 23 Mac, 2018.
Pok Mokhtar, 67, yang merupakan pembuat gasing melihat gasing yang dihasilkan di rumahnya di Kuala Tepoh, Terengganu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018.Pawang memandikan gasing dengan air limau nipis pada malam sebelum pertandingan sebagai simbol tuah untuk pasukan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Pawang memukul badan pemain menggunakan kain sarong bagi membuang unsur negatif sebelum pertandingan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Pemain gasing dari Kampung Bukit Raja menggulung tali pada gasing sebelum memulakan pertandingan di baai gasing di Kuala Nerus, Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Pelbagai aksi dipamerkan pemain dapat dilihat di gelanggang gasing ketika pertandingan antara kampung di Kuala Nerus, Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Seorang pemain cuba menyeimbangkan gasing manakala rakan sepasukan menghadang kain batik bagi menghalang angin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac 2018. Gasing berpusing laju di atas pinggan. Sesetengah gasing boleh berpusing sehingga lebih daripada sejam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Penduduk kampung dan pemain melihat dua gasing yang dipertandingkan berpusing dalam kotak ketika pertandingan di Kuala Nerus. Kotak berkenaan berfungsi untuk menghalang angin daripada mengganggu putaran gasing. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Pok Mokhtar menggunakan peralatan tradisi untuk menghasilkan gasing pangkah di kediamannya di Kampung Tepoh, Kuala Nerus. Beliau merupakan pembuat gasing terbaik.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Pok Mokhtar memerhatikan anak didiknya menghasilkan gasing di rumahnya di Kuala Nerus. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Cucu Pok Mokhtar memerhatikannya membuat gasing di rumahnya di Kampung Tepoh. Namun tiada seorang pun yang mahu mewarisi ilmu penghasilan gasing. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari. 23 Mac, 2018. Penduduk kampung menyaksikan pemain gasing berlatih di kampung mereka. Kebiasaannya latihan dijalankan pada waktu petang.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Pemain gasing asyik menjalankan latihan sambil diperhatikan penduduk kampung. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Seorang budak cuba mengetatkan tali gasing pada sesi latihan di Kampung Bukit Manir di Kuala Nerus. Tidak ramai generasi muda sepertinya yang mahu mempelajari permainan tradisi ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018. Kanak-kanak bermain wau dan gasing di Kampung Bukit Manir di Kuala Nerus. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac 2018. Penduduk kampung menyaksikan permainan gasing pangkah di Kampung Bukit Manir, Kuala Nerus, Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Mac, 2018.
Komen