KETIKA hujan turun petang itu, seorang pemain musik dilihat membuka kerusi dan menyediakan peralatan musiknya berhampiran stesyen monorail Bukit Bintang di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Abby adalah seorang yang cacat penglihatan tetapi berdikari, menelusuri jalan ibu kota tanpa bantuan jurupandu.
Dia kehilangan penglihatan selepas dilanda demam panas pada usia sembilan tahun, kini berusia sekitar 30-an Abby memperolehi pendapatan sekitar RM1,200 sebulan hasil bermain musik dan menjual tisu. Suku daripada pendapatannya itu digunakan untuk membayar bilik sewanya.
Abby belajar kemahiran musik daripada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), organisasi kebajikan utama yang memberikan khidmat dan bantuan kepada mereka yang cacat penglihatan.
Ditubuhkan pada 1951 untuk menjaga kesejahteraan individu cacat penglihatan, MAB telah berkembang ke seluruh negara.
Ia menjalankan program pendidikan, kursus pemulihan, latihan vokasional dan khidmat penempatan. Di perpustakaan Braillenya, Unit Penerbitan Braille aktif menerbitkan buku “bercakap” dan perkhidmatan lain bagi membantu mereka yang cacat penglihatan, seperti Abby, membina kemahiran untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Sebuah lagi persatuan yang giat berkhidmat untuk kesejahteraan individu cacat penglihatan adalah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) yang mempunyai hampir 6,000 orang ahli. SBM adalah organisasi kebajikan tidak memihak kepada mana-mana agama, parti politik yang memperjuangkan hak dan peluang saksama kepada mereka yang cacat penglihatan.
Walaupun mempunyai kemahiran dan kelulusan pendidikan, ramai antara mereka yang masih tidak memperolehi pekerjaan setaraf dengan kelayakan mereka. Terdapat lebih 36,000 orang cacat penglihatan yang menerima bantuan kebajikan RM350 sebulan.
Abby, yang mempunyai diploma dan ijazah dalam bidang sumber manusia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berharap dapat menyambung pengajian di luar negara dan menghapuskan stigma masyarakat terhadap keadaan fizikalnya.
Setiap kali pilihan raya, komuniti cacat penglihatan menghantar memorandum ke Parlimen untuk memperjuangkan hak mereka. Selepas tiga belas pilihan raya umum diadakan, mereka masih menunggu permintaan mereka didengar dan hak mereka selaku warga Malaysia dihormati. – 16 Mac, 2018.
Sebatang tongkat putih kelihatan di luar bilik Abby di Brickfields, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Abby sedang menyanyi sambil bermain musik berhampiran stesyen monorail Bukit Bintang di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Seorang cacat penglihatan menelusuri jalan menggunakan tongkat putih di laluan khas di sepanjang laluan pejalan kaki di Brickfields, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Seorang penyanyi cacat penglihatan menyanyi dalam sebuah studio yang terletak di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields, Kuala Lumpur. Dinding berlubang studio seolah-olah tulisan Braille yang digunakan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Pelajar Diploma Penerbitan Audio melakukan tugasan di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia. Organisasi kebajikan itu menjalankan kelas dan latihan vokasional bagi membantu membina kemahiran mereka yang cacat penglihatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Tenaga pengajar cacat penglihatan Ong Chin Hoe, 35, (depan) mengajar cara urutan kepada pelajarnya di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Di pejabat Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia, pelajar cacat penglihatan belajar mengunakan komputer untuk pengurusan pejabat dengan bantuan perisian JOSH. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Abby membersihkan biliknya di Brickfields, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Abby menggunakan telefon pintar dan komputer riba di biliknya. Komputer ribanya dilengkapi dengan perisian JOSH yang membolehkan akses teknologi kepada individu cacat penglihatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Abby bersama-sama rakan-rakan cacat penglihatan selepas sesi bermain musik di Brickfields, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Abby berjalan sendirian dengan tongkat putihnya pada waktu malam sekitar Brickfields, Kuala Lumpur. Katanya, dia tidak pernah memerlukan jurupandu untuk berjalan sekitar ibu kota. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Abby menunjukkan Diploma dan Ijazah Sumber Manusia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dia menamatkan pengajian pada 2007 tetapi tidak beroleh pekerjaan walaupun mempunyai kelulusan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Abby, yang memperolehi pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan dengan bermain musik dan menjual tisu mengatakan suku duit bulanan itu adalah untuk membayar bilik sewanya di Brickfields, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Cacat penglihatan dibahagikan kepada tiga kategori- B1, B2 dan B3- dengan B3 adalah kehilangan penglihatan sepenuhnya. Dua lelaki cacat penglihatan kategori B2 menggunakan telefon pintar mereka untuk terus berhubung dengan sahabat handai dan ahli keluarga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.Seorang individu cacat penglihatan melintas jalan bersama jurupandunya untuk menjual tisu sekitar Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2018.
Komen