Gempa bumi ragut lebih 3,800 nyawa di Turki, Syria
Dikemas kini 1 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 7 Feb 2023 9:21AM ·
GEMPA bumi paling kuat dalam tempoh hampir satu abad melanda Turki dan Syria awal semalam, mengorbankan lebih 3,800 orang yang kebanyakannya sedang nyenyak tidur, meranapkan bangunan dan menyebabkan gegaran dirasai hingga sejauh Greenland.
Gegaran 7.5 magnitud berlaku pada waktu malam, diikuti beberapa jam kemudian dengan gegaran lebih kecil, melanda seluruh bahagian bandar utama Turki di wilayah didiami jutaan penduduk yang melarikan diri dari perang saudara di Syria dan konflik lain. – 7 Februari 2023.
Penduduk mengeluarkan kanak-kanak perempuan yang cedera dari runtuhan bangunan yang ranap susulan gempa bumi di bandar Jandaris, di kawasan luar bandar Afrin di barat laut Syria di bahagian wilayah Aleppo yang dikuasai pemberontak. – Gambar AFP, 7 Februari, 2023.
Pasukan penyelamat mencari mangsa di antara runtuhan bangunan di Adana, selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda tenggara negara itu pada Isnin. – Gambar AFP, 7 Februari, 2023.
Penduduk berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada runtuhan bangunan yang musnah akibat gempa bumi di bandar Jandaris, di kawasan luar bandar Afrin di barat laut Syria di bahagian wilayah Aleppo yang dikuasai pemberontak. – Gambar AFP, 7 Februari, 2023.
Orang ramai membantu mengeluarkan seorang lelaki yang cedera dari runtuhan bangunan di bandar Jandaris, di kawasan luar bandar Afrin di barat laut Syria di bahagian wilayah Aleppo yang dikuasai pemberontak. – Gambar AFP, 7 Februari, 2023.
Pandangan dari udara menunjukkan penduduk beramai-ramai mencari mangsa yang terselamat di antara runtuhan bangunan di kampung Besnia berhampiran bandar Harim, di wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak Syria bersempadan dengan Turki. – Gambar AFP, 7 Februari, 2023.
Pasukan penyelamat membawa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari runtuhan selepas gempa bumi di bandar Hama di tengah Syria yang dikawal kerajaan. – Gambar AFP, 7 Februari, 2023.
Pasukan penyelamat membawa seorang mangsa yang berjaya ditarik keluar dari runtuhan susulan gempa bumi di bandar Jandaris, di kawasan luar bandar Afrin di barat laut Syria di bahagian Aleppo yang dikuasai pemberontak. – Gambar AFP, 7 Februari, 2023.
Seorang lelaki tidak dapat menahan perasaannya semasa membawa keluar korban runtuhan bangunan akibat gempa bumi di di Adana, Turki. – Gambar AFP, 7 Februari, 2023.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen