Tarian Mah Meri


Seth Akmal

LEBIH 50 penduduk berkumpul di perkampungan Judah dan berjalan hampir 3km dengan membawa “Tepung Tawar” atau tepung biasa dan kemenyan menuju ke laut untuk memberi penghormatan kepada roh laut yang dikenali sebagai “Moyang Getah”.

Upacara ritual itu berlangsung pada hari kelima selepas Tahun Baharu Cina dan suku kaum ini akan menunggu air surut untuk memulakan sembahyang mereka.

Penduduk tempatan yang memakai pakaian tradisional diperbuat daripada bunga “Mayang” mempersembahkan tarian jooh mengelilingi pelantar suci yang dikenali sebagai “sanggar”. 

Pada penghujung upacara, ahli suku kaum itu membakar kertas joss dan mercun menandakan upacara ritual berakhir. – 29 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen