MUSTAFA Along pernah ditawarkan RM200,000 untuk berhenti menjadi aktivis Orang Asli dan mengarahkan sukunya untuk menghentikan kepungan ke atas pembalak di hutan simpan Gua Musang.
Tetapi Mustafa tidak tergoda dengan tawaran seumpama itu meskipun dihulur RM1 juta sekalipun kerana baginya hutan Ulu Kelantan adalah kehidupan bagi sukunya, tempat di mana mereka mendapatkan barangan keperluan, ubat-ubatan dan sumber air serta tempat untuk melakukan ritual.
Kepungan yang dibina di laluan yang menghubungkan tiga hutan simpan, yang juga menempatkan kawasan tadahan air penting di Kelantan, telah menimbulkan pertikaian antara Jabatan Perhutanan, pembalak dan syarikat perladangan yang disokong kerajaan Kelantan.
Pembersihan kawasan hutan bagi tujuan penanaman kelapa sawit membuatkan penduduk di situ sukar untuk bercucuk tanam, mencari rezeki dan mendapatkan bekalan air bersih.
Oleh sebab ritual animistik mereka memerlukan pokok nadir dan hidupan liar dari hutan, maka kemusnahan ekosistem tersebut secara tidak langsung telah mencabuli hak kebebasan untuk menganut agama seperti yang dijamin Perlembagaan, kata Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan itu.
Orang Asli dari Suku Temiar akan terus mendirikan blokade bagi menghalang syarikat pembalakan daripada memasuki kawasan hutan simpan sehingga kerajaan mengarahkan semua aktiviti pembalakan dihentikan di kawasan berkenaan. – 10 Mac, 2018.
Sebuah lori mengangkut muatan balak dilihat keluar dari salah sebuah hutan simpan di Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.
Sebuah lori mengangkut muatan balak dilihat keluar dari salah sebuah hutan simpan di Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.
Seorang pekerja dilihat meniti susunan balak di atas lori yang bersedia untuk dibawa keluar dari salah sebuah hutan simpan di Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.Keadaan Sungai Berok di Gua Musang, tempat di mana aktiviti pembalakan secara tidak terancang dilakukan di hutan simpan di situ. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.Kayu balak dilihat berlonggokan berdekatan kepungan Orang Asli di Chawas, yang merupakan pintu masuk dan keluar bagi aktiviti membalak di Hutan Simpan Perias, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.Kayu balak dilihat berlonggokan berdekatan kepungan Orang Asli di Chawas, yang merupakan pintu masuk dan keluar bagi aktiviti membalak di Hutan Simpan Perias, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.Seorang Orang Asli dari suku Temiar mengenakan pakaian tradisional yang dipanggil 'tempok', menunggu di khemah berhampiran kepungan di Chawas, yang merupakan pintu masuk dan keluar bagi aktiviti membalak di Hutan Simpan Perias, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.Orang Asli memeriksa kenderaan yang ingin masuk melalui kepungan di Chawas, yang merupakan pintu masuk dan keluar bagi aktiviti membalak di Hutan Simpan Perias, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.Orang Asli dari suku Temiar berlindung di bawah khemah berhampiran kepungan di Chawas, yang merupakan pintu masuk dan keluar bagi aktiviti membalak di Hutan Simpan Perias, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.Orang Asli dari suku Temiar sedang makan tengah hari di khemah berhampiran kepungan di Chawas, yang merupakan pintu masuk dan keluar bagi aktiviti membalak di Hutan Simpan Perias, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018. Orang Asli dari suku Temiar menunggu di khemah berhampiran kepungan di Chawas, yang merupakan pintu masuk dan keluar bagi aktiviti membalak di Hutan Simpan Perias, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018. Kepungan yang didirikan Orang Asli dari suku Temiar di Chawas, yang merupakan pintu masuk dan keluar bagi aktiviti membalak di Hutan Simpan Perias, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018. Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli di Kelantan Mustafa Along ketika ditemuramah oleh The Malaysian Insight di Kampung Parik, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2018.
Komen