Syabas pasukan SAR tanah runtuh Batang Kali


Najjua Zulkefli

UCAPAN terima kasih dan keprihatinan mencurah-curah daripada rakyat Malaysia apabila mereka memberi penghormatan kepada pasukan penyelamat yang bekerja dalam operasi mencari dan menyelamat di tapak tanah runtuh Batang Kali.

Mayat mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali ditemui pada 4.53 petang semalam, iaitu pada hari kesembilan selepas tanah runtuh melanda tapak perkhemahan di Batang Kali, Gohtong Jaya.

Dalam kejadian pada 2.42 pagi Jumaat lalu (16 Disember), 31 nyawa terkorban manakala 61 orang diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan lima agensi utama iaitu polis, angkatan tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia serta pasukan pertahanan awam dengan kekuatan lebih 250 pegawai dan anggota.

Unit anjing pengesan K9 juga bekerja tanpa jemu dalam pencarian. – 25 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen