ESOK hari yang ditunggu-tunggu, hari semua rakyat Malaysia yang layak mengundi memilih kerajaan baharu. Sepanjang dua minggu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung, cuaca hujan dan padang becak tidak menjadi halangan pengundi mendengar amanat pemimpin politik sebelum tiba hari pengundian.
Penentuan kita terletak di tangan lebih 12.6 juta pengundi atas pagar dan pengundi muda 18 tahun ke atas. Mereka ini king maker yang akan menentukan parti mana – sama ada Pakatan Harapan, Barisan Nasional atau Perikatan Nasional – bakal membentuk kerajaan baharu.
Lebih 21 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi pada PRU15 kali ini, dengan 58% adalah mereka yang berada dalam kelompok usia 18 hingga 40 tahun. – 18 November, 2022.
Abdul Rahman, 29, sambil mendukung anak lelakinya, bersama isterinya berdiri di tepi jalan mendengar ceramah di Kuala Perlis, Perlis. Abdul akan mengundi di Kangar pada PRU15 esok. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2022.Orang ramai mendengar ceramah kempen PRU15 dari dalam bilik di sebuah kuil di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2022. Md Lehan (duduk tiga dari kiri) mendengr ceramah Barisan Nasional di Tong Pelu, Padang Terap di Kedah. Ceramah menjadi medan beliau mengumpul maklumat sebelum mengundi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2022. Penerbit Mohd Adil Anwar, 36, ketika mendengar ceramah kempen PRU15 dari belakang rumahnya di Subang Perdana. Adil akan mengundi di Sungai Buloh esok. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2022. Ng Kian Chan, 81, (kiri) bersama rakannya mendengar ceramah Pakatan Harapan dari sebuah bilik di Danau Kota, Kuala Lumpur. Beliau akan mengundi di Air Panas, Setiawangsa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2022. Chia, 51, mendengar ceramah dari koridor rumahnya di Kuala Lumpur. Beliau akan mengundi di Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2022. Zubir Hashim, 45, santai duduk di atas motosikal sambil menghisap rokok mendengar ceramah kempen PRU15 di kawasasan berhampiran rumahnya. Beliau dan anak lelakinya berusia 18 tahun akan mengundi di Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2022. Ragam pengundi di Sungai Siput, Perak, ketika mendengar ceramah Pengerusi PH Anwar Ibrahim. Kebiasaannya, pengundi atas pagar akan duduk di bahagian tepi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2022.
Komen