Perebutan kuasa Putrajaya bermula 


PEREBUTAN kerusi kuasa di Putrajaya bermula hari ini. Calon, kebanyakannya disokong oleh parti dan gabungan mereka yang berkuasa, sebahagian daripada parti yang lebih kecil, dan bebas, akan memfailkan kertas pencalonan mereka untuk pilihan raya umum ke-15 bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi.

Mereka akan memfailkan kertas pencalonan di 222 pusat penamaan calon yang terletak di pejabat daerah, balai raya dan sekolah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November untuk pengundian dan 15 November untuk pengundian awal. Tempoh kempen ditetapkan selama 14 hari, bermula sejurus selepas pengumuman calon yang bertanding dalam pilihan raya sehingga 11.59 malam pada 18 November. – 5 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen