SUDAH dua tahun Mohd Faizal Rahmat, 41, kehilangan kaki kiri akibat penyakit arteri periferi.
“Saya hampir mati selepas kaki saya dipotong kerana tidak menjaga diri sendiri. Pada masa itu saya menjaga ibu saya yang menghidap kanser paru-paru,” katanya yang merupakan graduan arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Karya seninya “3D Kota Melaka” yang menggambarkan empayar Melaka jatuh di tangan Portugis baru-baru ini dikongsi secara meluas di media sosial memberinya harapan dan dorongan untuk meneruskan kerjanya.
Dia menjual reka bentuk seninya dalam talian tetapi tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk membayar kos sara hidup dan perubatannya yang mencecah sehingga RM3,000 sebulan.
Faizal memerlukan pekerjaan tetap tetapi banyak permohonannya untuk bekerja ditolak kerana kecacatannya.
“Saya harap ada orang yang sudi mengambil bekerja walaupun dalam keadaan saya dan mereka akan membenarkan saya bekerja dari rumah,” kata Faizal. – 29 Oktober 2022.
Faizal Rahmat melukis imej Tun Fatimah di rumahnya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Salah seekor daripada 11 kucing peliharaan Faizal Rahmat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Faizal Rahmat membuat lakaran reka bentuk 3D Kota Melaka pada komputernya di rumahnya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Faizal Rahmat merupakan seorang arkitek berkelulusan Universiti Teknologi Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Pergerakan Faizal Rahmat terhad berikutan kehilangan satu kaki. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Faizal Rahmat berdoa ketika dalam perjalanan ke hospital. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Faizal Rahmat meluangkan masa bersama kucingnya Endut (kiri)) dan Kakak di rumahnya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Fadzil membantu Faizal Rahmat memakai kaki palsu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Faizal Rahmat mengambil wuduk untuk menunaikan solat di rumahnya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.Faizal Rahmat menunaikan solat di rumahnya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Oktober 2022.
Komen