MAK yong atau mak yung adalah teater tradisional yang menggabungkan lakonan, vokal dan peralatan muzik, gerak tari dan kostum sederhana.
Seni tradisional ini berasal dari kampung Kelantan di timur laut Malaysia, di mana mak yong dipersembahkan di teater diraja di bawah kesultanan Kelantan sehingga tahun 1920-an.
Seni tersebut diharamkan pada 1998 kerana elemen budaya dari zaman pra kedatangan Islam dan sebahagiannya disebabkan oleh pakaian yang terdedah yang dipakai pemain wanita, yang juga memegang peran sebagai lelaki.
Seni ini semakin hilang peminatnya, dibuktikan dengan teknik dramatik yang berulang dan muzik yang berkurangan serta kekurangan pemain yang berpengalaman.
Tahun ini Seri Makyung Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang mempersembahkan Raja Besar Maha Gading yang turut menampilkan penghibur mak yong yang terkenal. Rosnan Rahman, yang juga dikenali sebagai pak yung (pelakon lelaki) menghiasi pentas bersama-sama pemain muzik tradisional terkemuka.
Okestra tersebut terdiri daripada tiga rebab, sepasang gendang dan tetawak. Kaum wanita paling banyak mengisi watak dalam teater bersama pak yung yang membawa watak lelaki.
Cerita-cerita yang dimainkan banyak berkisarkan cerita-cerita rakyat dengan watak diraja, dewa dan badut. – 3 Mac, 2018.
Pak yong Rosnan Rahman membuat persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Penari Wan Anisa (Nisha) membuat persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Seorang pemain sedang membacakan sesuatu semasa membuat persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Nadhilah Suhaimi (tengah) dan wanita lain mengambil watak lelaki dan perempuan dalam persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Seorang pemain sedang mengenakan solekan untuk persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Jurumekap sedang menyolek para pemain untuk persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Wan Anisa (Nisha) menunjukkan sebahagian kostum bermanik yang digunakan untuk persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Pemain sedang mengenakan solekan sebelum persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Wan Anisa (Nisha) dan Linda (kiri) berlatih vokal sebelum persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Pak yong Rosnan Rahman memeriksa hasil solekan sebelum persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Beg jurumekap yang digunakan untuk menyolek pemain untuk persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.Pemain rebab terkemuka Che Mat Jusoh memain alat muzik tradisionalnya semasa persembahan Makyung Raja Besar Maha Gading di auditorium Dewan Budaya USM, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 3 Mac, 2018.
Komen