LE Tour de Langkawi (LTdL) adalah perlumbaan jalan raya UCI ProSeries yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar sukan berbasikal Malaysia.
Sepanjang empat minggu lalu, semua mata tertumpu kepada pasukan kebangsaan Malaysia ketika mereka bersedia bagi perlumbaan dalam LTdL 2022.
Selepas dua tahun pandemik, tahun ini secara rasmi menandakan berakhirnya luar musim berbasikal profesional, dengan penunggang basikal meningkatkan kalendar latihan dan perlumbaan mereka.
Selepas 30 hari persiapan, enam pelumba tuan rumah terdiri daripada Sofian Nabil Omar, Nik Azwan Zulkifli, Izzat Halil, Ameer Kamal, Ameen Kamal, dan Kee Zhe Yie akan beraksi habis-habisan untuk perlumbaan jalan raya peringkat 2.HC 8 yang sekian lama ditunggu-tunggu, berganding bahu dengan 20 pasukan profesional lain.
LTdL semakin hampir dan pelumba negara memberi sentuhan terakhir bagi perlumbaan yang akan bermula dari 11 hingga 18 Oktober. – 9 Oktober, 2022.
Pelumba Malaysia melalui kesesakan lalu lintas di bandar raya Kuala Lumpur, dengan jurulatih kebangsaan Yusof Nasir memantau mereka dengan teliti. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Kee Zhe Yie (kiri) menjaga pemakanannya untuk memastikan beliau mendapat tenaga dan terhidrasi secukupnya setiap hari, manakala Sofian Nabil Omar melakukan senaman di rumah untuk membina kekuatan asas bagi kestabilan dan ketahanan diri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Amir Mustafa Rusli mengetuai laluan ketika pelumba termuda, Kee Zhe Yie membuat penampilan sulung dalam acara itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Atlet beragama Islam berdoa setiap kali sebelum memulakan latihan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Disebabkan kesuntukan masa, pelumba basikal negara menghadapi ujian ketahanan paling sengit dengan berlatih di altitud tinggi untuk meningkatkan prestasi mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Kapten pasukan Nik Azwan Zulkifli mengetuai latihan dan berkongsi pengalamannya sebagai pelumba jalan raya profesional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Sofian Nabil Omar mengalami demam semasa menaiki Genting Highlands dan berehat sebentar daripada latihan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Semua basikal perlu diperiksa dan dibaiki untuk memastikan tiada masalah teknikal sebelum hari perlumbaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Beberapa hari sebelum lawatan, Izzat Halil meningkatkan latihan bagi jarak dan pecutannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertemu dengan barisan pasukan negara untuk Le Tour de Langkawi 2022, yang berlangsung dari 11-18 Oktober. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2022.
Komen