KUMPULAN Opera Xiekang Guat membuat persembahan semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Kuil Kau Ong Yah di Ampang, Selangor.
Penghibur kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas yang kekal bersemangat meneruskan budaya opera tradisional terutamanya selepas dua tahun berehat akibat pandemik Covid-19.
Ng Choon Keong, 63, yang memainkan watak antagonis untuk persembahan itu dan bersama opera itu sejak kecil berkata generasi muda tidak berminat untuk membuat persembahan.
“Ia mengambil masa tiga tahun untuk menguasai persembahan opera, sebab itu budaya berkenaan dipisahkan daripada generasi muda tetapi jika ada sesiapa yang ingin belajar saya bersedia untuk mengajar mereka,” kata Ng.
Menurut Ng ketika menyertai kumpulan itu terdapat hampir 40 penghibur tetapi hari ini jumlah itu berkurangan kepada 13 orang, kebanyakannya datang dari seluruh negara.
Beliau meramalkan opera tradisional akan pupus dalam tempoh 10 tahun akan datang jika tiada sesiapa yang sanggup meneruskan budaya itu.
Austin Ang, 24, yang berasal dari Parit Jawa, Muar berasa bertuah dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan itu dan sudah bersama mereka sejak berusia 12 tahun.
“Ibu bapa saya juga sebahagian daripada kumpulan opera yang menyebabkan saya turut mengambil bahagian dan saya berasa gembira untuk membuat persembahan bersama mereka,” kata Austin.
Walaupun merupakan yang termuda dalam pasukan beliau turut merasakan cabaran untuk menggalakkan generasi muda mengambil bahagian. – 1 Oktober 2022.
Seorang ahli kumpulan opera Xiekang Guat sedang bersiap untuk membuat persembahan di Kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober, 2022.Kumpulan opera Xiekang Guat bersiap sedia untuk membuat persembahan di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober, 2022.Seorang ahli kumpulan opera Xiekang Guat mengemop lantai di belakang pentas semasa semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Seorang ahli kumpulan opera Xiekang Guat bermain dengan anaknya sebelum membuat persembahan di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Seorang ahli kumpulan opera Xiekang Guat melihat telefon pintarnya sebelum membuat persembahan di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Gambar seorang ahli kumpulan opera Xiekang Guat yang diambil menerusi cermin ketika sedang bersiap untuk membuat persembahan di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Seorang ahli kumpulan opera Xiekang Guat menata rias wajahnya sebelum membuat persembahan di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Austin Ang, 24 (kiri) bercakap dengan rakannya sebelum membuat persembahan di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Seorang ahli kumpulan opera Xiekang Guat meniup suona di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Kebanyakan penghibur terdiri daripada golongan warga emas yang kekal bersemangat meneruskan budaya opera tradisional, terutama selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik Covid-19. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Orang ramai berkumpul untuk menonton persembahan opera di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Anggota kumpulan opera Xiekang Guat berdoa sebelum membuat persembahan di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Orang ramai menonton persembahan rombongan Opera Xiekang Guat di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.Seorang ahli kumpulan opera Xiekang Guat berehat sebelum membuat persembahan di kuil Kau Ong Yah semasa Perayaan Dewa Sembilan Maharaja di Ampang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Oktober 2022.
Komen