RATU Elizabeth II, monarki paling lama memegang takhta dalam sejarah Britain dan ikon yang dikenali di seluruh dunia, mangkat di istananya di Scotland semalam, pada usia 96 tahun. – 9 September, 2022.
Orang ramai meletakkan bunga di pagar Istana Buckingham London selepas berita kemangkatan Ratu Elizabeth II diumumkan semalam. – Gambar AFP, 9 September, 2022.Ratu Elizabeth II ketika upacara Peringatan Ahad di Cenotaph, London pada 2015. Baginda mangka di Istana Balmoral semalam pada usia 96 tahun. Baginda monarki paling lama di takhta dalam sejarah Britain. – Gambar EPA, 9 September, 2022.Orang ramai berhenti melihat potret Ratu Elizabeth II yang ditayangkan di Piccadilly Circus, tengah London. – Gambar AFP, 9 September, 2022.Seorang lelaki membawa payung dengan corak bendera Union berhampiran Memorial Ratu Victoria di depan Istana Buckingham di London. – Gambar AFP, 9 September, 2022.Notis ditampal di pagar Istana Holyroodhouse di Edinburgh susulan pengumuman kemangkatan Ratu Elizabeth II semalam. – Gambar AFP, 9 September, 2022.Peminat berdiri di depan skrin menayangkan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II, ketika mereka menanti perlawanan Liga Europa UEPA antara Manchester United dan Real Sociedad di stadium Old Trafford di Manchester. – Gambar AFP, 9 September, 2022.Bendera union dikibarkan separuh tiang di Istana Buckingham selepas pengumuman kemangkatan Ratu Elizabeth II semalam. – Gambar AFP, 9 September, 2022.Orang ramai berkumpul di sekitar Memorial Ratu Victoria di luar Istana Buckingham selepas pengumuman kemangkatan Ratu Elizabeth II semalam. – Gambar AFP, 9 September, 2022.Sebuah teksi menayangkan gambar Ratu melambai ketika cuba merentasi orang ramai yang berkumpul di The Mall selepas pengumuman kemangkatan Ratu Elizabeth II semalam. – Gambar AFP, 9 September, 2022Orang ramai berkumpul di pagar Istana Buckingham susulan pengumuman kemangkatan Ratu Elizabeth II semalam. – Gambar EPA, 9 September, 2022.
Komen