PESAWAH Mohd Roshdi Yahya perlu bekerja keras menampung kehidupan keluarganya ketika hasil tuaian padi semakin menurun sementara kos operasi semakin tinggi.
Roshdi, kini sebahagian daripada kumpulan yang membantu penanam padi yang digelar Padi Rescue.
Dia, salah seorang daripada kira-kira 300,000 pesawah di Kedah, di mana Padi Rescue mendakwa mereka terpaksa berhutang dan pendapatan semakin susut sejak beberapa tahun terakhir ini, akibat kenaikan kos operasi.
Pendapatan yang berkurangan menyukarkan mereka untuk terus bertahan dan membayar hutang itu.
Mereka juga menyalahkan sokongan kerajaan yang kurang dan monopoli beras menyukarkan lagi pesawah mendapat pendapatan tetap walaupun beras adalah makanan ruji untuk rakyat Malaysia.
Roshdi membandingkan keadaan pesawah dengan peneroka Felda yang turut tercekik akibat hutang dan kekurangan hasil tanaman. Nasib mereka sama. – 26 Februari, 2018.
Pesawah mengangkat padi masuk ke lori selepas mesin mereka rosak di Kota Sarang Semut, in Kedah. Pendapatan mereka yang semakin menurut menyuarkan pesawah untuk menampung kehidupan dan membayar hutang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Seorang wanita membakar jerami padi ketika hari hampir malam di Kubang Rotan, Kedah. Upah pekerja untuk menyemai benih, sembur baja dan sewa mesin bajak dan tuai semakin mahal, menyebabkan ramai pesawah terpaksa berhutang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Seorang pesawah bekerja menggunakan mesin jentera pembajak di bendangnya di Kota Sarang Semut, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Kawasan sawah padi yang terjejas akibat diserang siput gondang emas di Kubang Rotan, Kuala Kedah. Siput itu makan pucuk padi pada awal pertumbuhan pokok padi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Beberapa remaja kelihatan berjalan keluar dari sawah bendang di Kota Sarang Semut, Kedah selepas menangkap ikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Telur siput gondang emas berwarna merah jambu kelihatan di batang padi di bendang di Kota Sarang Semut, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Padi diangkut ke atas lori sebelum dihantar ke pusat belian dan jualan ketika musim menuai di Kota Sarang Semut, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Beberapa pesawah kelihatan sedang berehat di tepi sawah di Kota Sarang Semut, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Penduduk kampung menunggang motosikal di laluan antara sawah padi dan terusan air di Kota Sarang Semut, Kedah. Padi memerlukan air yang banyak untuk tumbuh, terutama ketika peringkat awal pertumbuhan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Seorang pesawah berehat selepas mengasingkan padi dengan bijinya di Kubang Rotan, Kuala Kedah, Kedah. Sebahagian benihnya disimpan untuk tanaman pada musim menyemai akan datang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Seorang pesawah mengasingkan biji padi daripada sekamnya di Kubang Rotan, Kuala Kedah, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Seorang pesawah mengeringkan air dari kawasan bendang bagi membolehkannya menangkap ikan selepas tamatnya musim menuai di Kubang Rotan, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Seorang pesawah merenung jauh melihat bendangnya di Kuala Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.Pesawah membakar jerami padi di Alor Janggus, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Februari, 2018.
Komen