Hari Raya Aidiladha disambut oleh umat Islam seluruh dunia sebagai perayaan utama.
Majoriti umat Islam akan menunaikan solat sunat hari raya di masjid, surau mahupun pusat agama terdekat.
Aidiladha merupakan perayaan penting untuk umat Islam melakukan ibadat korban bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Haji sempena umat islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah iaitu rukun Islam kelima.
Pelaksanaan ibadah haji ini diwajibkan sekali seumur hidup ke atas umat Islam yang mampu dari segi kesihatan tubuh badan dan kewangan. – 10 Julai, 2022.
Ribuan jemaah haji di Mina untuk melaksanakan ibadah melontar jamrah di mana batu dilontar kearah tugu jamrah sebagai simbol melontar syaitan. – Gambar AFP, 10 Julai, 2022.Pemandangan udara menunjukkan umat Islam di Mesir menunaikan solat sunat Aidiladha di luar Masjid Al-Sedik di timur laut ibu kota Kaherah. – Gambar AFP, 10 Julai, 2022.Wanita Muslim tidak melepaskan peluang berswafoto selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Lingkaran Peringatan Quezon di Bandar Queon, Metro Manila, Filipina. – Gambar EPA, 10 Julai, 2022.Pemandangan udara menunjukkan umat Islam sedang menunaikan solat sunat Aidiladha di tepi pantai Bandar Jaffa berhampiran Tel Aviv. – Gambar AFP, 10 Julai, 2022.Rakyat Palestin merayakan Aidiladha di Masjid Al-Aqsa, tempat suci ketiga selepas Mekah dan Madina di Arab Saudi. – Gambar AFP , 10 Julai, 2022.Umat Islam menunaikan solat di hadapan Masjid Hagia Sophia pada hari raya pertama Aidiladha di Istanbul. – Gambar EPA, 10 Julai, 2022.Umat Islam berkumpul untuk menunaikan solat sunat bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Katedral Moscow, Rusia. – Gambar EPA, 10 Julai, 2022.Tentera Taliban berkawal ketika umat Islam sedang menunaikan solat sunat Aidiladha di sebuah masjid di Kandahar, Afghanistan. – Gambar EPA, 10 Julai, 2022.Umat Islam bertegur sapa selepas menunaikan solat Aidiladha di masjid dekat Kruszyniany, timur Poland. – Gambar EPA, 10 Julai, 2022.Umat Islam di Lagos, Nigeria turut menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang. – Gambar EPA, 10 Julai, 2022.
Komen