HARI Moyang, Puja Pantai adalah upacara terakhir penting yang masih diamalkan oleh kaum Mah Meri.
Ia merupakan upacara memuja semangat laut dan bermula sejak bertahun lamanya apabila menurut legenda, tongkang membawa penumpang dan barangan terperangkap dalam ribut besar di Pulau Carey, berhampiran Tanjung Rhu, di Selat Melaka.
Tiada seorang pun penduduk pulau menyangka kapal itu akan bertahan menempuh ribut itu, tetapi sesuatu mengejutkan berlaku apabila mereka melihat tongkang itu seolah-olah diseret ke pantai oleh kuasa yang tidak diketahui.
Penduduk kampung percaya Moyang Getah menyelamatkan tongkang itu dan penumpangnya.
Pada waktu matahari terbit sehari sebelum upacara bermula, penduduk kampung akan berkumpul di pantai dan membawa perahu mereka ke laut berhampiran muara sungai.
Di sana, mereka akan melemparkan beras ke dalam air manakala penduduk kampung yang masih di pantai akan berdoa kepada rumah semangat di sepanjang muara sungai.
Perahu-perahu itu kemudian bergerak ke arah laut kira-kira 2km ke sebuah tempat yang dipercayai terdapat satu lagi perahu, yang tidak diselamatkan oleh Moyang Getah, telah tenggelam.
Ketika matahari terbenam, penduduk kampung akan menemui insan tersayang yang meninggal dunia di dewan sanggar berhampiran rumah. Mereka akan menawarkan makanan kegemaran dan minuman si mati dan berkomunikasi secara lisan dengan mereka.
Sepanjang malam, dukun dan pembantunya akan berhubung dengan Moyang Getah dalam keadaan “menurun”.
Seluruh kampung kemudian akan berarak ke pantai menuju ke lokasi sanggar besar yang dibina sejak bertahun lalu bagi pesta besar-besaran.
Sanggar besar hampir tenggelam ketika air pasang, jadi upacara itu hanya akan bermula apabila air surut sepenuhnya.
Tarian dan lagu-lagu memuja mengiringi dukun ketika dia “menurun”, dirasuk Moyang Getah dan roh-roh lain. Makanan dan minuman yang dibawa oleh penduduk kampung dikongsi bersama pada akhir perayaan. – 21 Februari, 2018.
Kaum Mah Meri berjalan ke arah pantai untuk memulakan festival Hari Moyang Puja Pantai untuk meraikan semangat nenek moyang mereka. Kumpulan pribumi ini adalah salah satu daripada 18 kaum di Semenanjung Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Sebuah mahligai (sanggar) jelas kelihatan semasa air surut bagi upacara Puja Pantai di pantai Pulau Carey, Selangor yang berlatarkan Selat Melaka, satu daripada selat tersibuk di dunia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Kaum Mah Meri berjalan ke arah pantai untuk memulakan festival Hari Moyang Puja Pantai untuk meraikan semangat nenek moyang mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Kaum Mah Meri berarak beramai-ramai menuju ke arah pantai untuk memulakan festival Hari Moyang Puja Pantai untuk meraikan semangat nenek moyang mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
'Tok Sidang' (berbaju kuning) daripada kaum Mah Meri menanti air surut sebelum memulakan festival Hari Moyang Puja Pantai untuk meraikan semangat nenek moyang mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Beberapa remaja perempuan kaum Mah Meri bersolek sebelum upacara bermula. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Mahligai (sanggar) yang dibina bertahun lamanya bagi pesta besar. Ia hampir tenggelam ketika air pasang dan penduduk kampung terpaksa menunggu sehingga air surut sebelum memulakan upacara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Seorang dukun daripada kaum Mah Meri 'menurun' semasa upacara Puja Pantai di Pantai Tanjung Rhu di Pulau Carey, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Seorang dukun di mahligai (sanggar) memulakan Puja Pantai dan meminta restu daripada nenek moyang dan semangat mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.Muzik, tarian dan lagu memuja mengiringi upacara Puja Pantai. Makanan dan minuman yang dibawa oleh penduduk kampung akan dikongsi pada akhir perayaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.Kaum Mah Meri menari bersama-sama pada akhir perayaan. Muzik, tarian dan lagu puja mengiringi upacara Puja Pantai. Mereka turut membenarkan pelancong menari juga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.Malam sebelum pesta Puja Pantai, ketika matahari terbenam, penduduk kampung akan menemui insan tersayang yang telah meninggal dunia di sanggar yang terletak berhampiran rumah. Mereka menawarkan makanan dan minuman kegemaran kepada si mati dan berkomunikasi secara lisan dengan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Seorang lelaki tua berdoa untuk nenek moyang mereka malam sebelum upacara Puja Pantai. Penduduk kampung akan membina sanggar dan meletakkannya di rumah mereka serta menawarkan makanan dan minuman kegemaran kepada si mati dan berkomunikasi secara lisan dengan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Keluarga Mah Meri berdoa kepada nenek moyang mereka malam sebelum upacara Puja Pantai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Februari 2018.
Komen