GO Skateboarding Day ialah acara tahunan diperkenalkan oleh Persatuan Antarabangsa Syarikat Papan Selaju yang disambut oleh para skateboarder pada 21 Jun.
Tujuan utama, selain sebagai promosi, ia juga bagi menggalakkan penyertaan orang ramai sekali gus menjadikan sukan lasak ini lebih mudah diakses, dan difahami pelbagai lapisan umur serta masyarakat.
Tahun ini istimewa buat skateboarder di seluruh Malaysia selepas kerajaan menarik balik larangan ke atas semua sektor termasuk aktiviti sukan pada 1 Mei.
Acara ini disambut di bandar-bandar yang berbeza di seluruh dunia di mana ia dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan peminat sukan lasak, dan juga orang awam. – 27 Jun, 2022.
Seorang lelaki membuat 'kickflip' di hadapan mural semasa Go Skateboarding Day di Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.Seorang peluncur papan selaju sedang bersedia untuk membuat aksinya berhampiran MRT Pasar Seni semasa sambutan Go Skateboarding Day di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.Para pemain aksi lasak bersama-sama menyusun gelanggang mereka sempena Go Skateboarding Day di sebuah bangunan terbiar di Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.Seorang pemain skate sedang menyelenggara papan selajunya sebelum beraksi di Go Skateboarding Day di Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.Seorang skateboarder melakukan aksi 'indy grab' dalam pertunjukan di Go Skateboarding Day di Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.
Seorang lelaki melakukan aksi 'backside tailslide' di atas kotak semasa Go Skateboarding Day di Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.Seorang kanak-kanak menunggang papan selaju semasa Go Skateboarding Day di Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.
Seorang lelaki menaiki papan selaju berhampiran MRT Pasar Seni bagi meraikan Go Skateboarding Day di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.Para skateboarder sedang menunggu giliran untuk beraksi di hadapan orang ramai ketika sambutan Go Skateboarding Day di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.Seorang lelaki melakukan aksi melepasi ruang rumput di MRRT Pasar Seni di Kuala Lumpur semasa sambutan Go Skateboarding Day. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2022.
Komen