LAPORAN Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia pada 9 Mac tahun lalu mendedahkan seramai 1,856 kanak-kanak bawah umur 18 tahun berkahwin pada 2018.
Menurut laporan tersebut, sebanyak 90% perkahwinan bawah umur di Malaysia membabitkan kanak-kanak perempuan, dan 83% adalah beragama Islam.
Isu perkahwinan bawah umur sering diperdebatkan di Kelantan yang ditadbir oleh PAS terutama apabila kerajaan negeri tidak bersetuju menaikkan had pindaan umur remaja perempuan kepada 18 tahun.
Kelantan adalah antara negeri yang tidak setuju menaikkan had umur berkahwin selain Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, dan Kedah. Setakat ini hanya Selangor yang meluluskan pindaan enakmen berkenaan.
Perkahwinan kanak-kanak merujuk kepada sebarang perkahwinan rasmi atau tidak rasmi antara kanak-kanak bawah umur 18 tahun dengan orang dewasa atau kanak-kanak lain.
Menurut kajian Unicef, masalah sosial, kemiskinan, hamil luar nikah dan keciciran pendidikan adalah antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca perkahwinan bawah umur.
Kajian Unicef juga menyebut kanak-kanak perempuan yang berkahwin pada usia terlalu muda lebih cenderung mengalami keganasan rumah tangga dan cenderung untuk tidak bersekolah.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Mac lalu berkata ia sentiasa memberikan komitmen tinggi untuk menangani perkahwinan bawah umur ini demi kepentingan kanak-kanak terbabit, termasuk dalam aspek perlindungan dan kebajikan mereka.
Menterinya Rina Harun berkata, komitmen itu juga selaras dengan usaha kementerian membangunkan Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang dilaksanakan sejak 2020 hingga 2025. – 12 Jun, 2022.
Nurul Syuhada Azmin,17, dalam persalinan songket biru di Pantai Senok di Bachok, Kelantan, di mana beliau pertama kali bertemu suaminya Muhammad Danish Fauzi sembilan bulan lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Nurul Syuhada Azmin mencuba persalinan songket berwarna hijau untuk dipakai pada majlis persandingannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Cincin di jari Nurul Syuhada Azmin, pada hari pernikahannya di Bachok, Kelantan pada Khamis lalu. Laporan Unicef Malaysia mendedahkan seramai 1,856 kanak-kanak bawah umur 18 tahun berkahwin pada 2018.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Nurul Syuhada Azmin (kanan) dan dua kakaknya, (dari kiri) Nurul Syazkila, 20, dan Nurul Syazlin, 19, pada hari persandingan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Pasangan Muhammad Danish Fauzi,18, dan Nurul Syuhada Azmin,17, dari Bachok, Kelantan berkahwin selepas sembilan bulan berkenalan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Nurul Syuhada Azmin,17, nekad berhenti sekolah kerana ingin menjadi seorang isteri yang baik dan taat kepada suami. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Masjid di Bachok, Kelantan. Kelantan antara negeri yang tidak setuju menaikkan had umur berkahwin remaja perempuan kepada 18 tahun selain Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, dan Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Nani (bukan nama sebenar), 18, salah seorang pelatih rumah pusat bimbingan remaja Raudhah Sakeenah Kelantan. Nani hamil selepas terlanjur dengan bekas teman lelakinya yang sebaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Di Raudhah Sakeenah Kelantan, pelatih diasuh semula termasuk dalam bidang agama seperti mengaji dan solat selain menjalani rawatan kaunseling untuk menangani trauma akibat masalah sosial. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Pusat bimbingan remaja Raudhah Sakeenah Kelantan cuba mengubah perspektif tentang remaja hamil luar nikah terutama di Pantai Timur apabila perkahwinan dianggap penyelesaian terbaik untuk menutup malu keluarga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022. Kajian Unicef menyebut kanak-kanak perempuan yang berkahwin pada usia terlalu muda lebih cenderung mengalami keganasan rumah tangga dan cenderung untuk tidak bersekolah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.Menurut kajian Unicef, kemiskinan dan keciciran pendidikan adalah antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca perkahwinan bawah umur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2022.
Komen