CHOO Yew Choon, 65, seorang daripada pembuat beca tertua yang masih ada di Pulau Pinang, merancang untuk bersara daripada pekerjaan yang diwarisinya sejak 35 tahun lalu.
Warga emas itu merupakan generasi keempat keluarga mewarisinya, yang wujud selama lebih satu abad.
Choo mula terlibat secara langsung dalam pembuatan dan pembaikan beca di Pulau Pinang pada 1989 selepas bapanya jatuh sakit.
Perniagaan keluarganya berasal dari Lebuh Chulia dan bertapak di sana selama lebih 80 tahun sebelum terpaksa berpindah kerana kenaikan kadar sewa.
Memandangkan usia yang semakin lanjut, Choo kini merancang untuk bersara sepenuhnya daripada kerja membuat dan membaiki beca.
Bagaimanapun, Choo tidak pasti sama ada akan ada lagi kedai membuat beca untuk menggantikannya apabila beliau bersara kelak. – 12 Jun 2022.
Choo Yew Choon antara pembuat beca terakhir di Pulau Pinang yang bercadang untuk bersara selepas mewarisinya sejak 35 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.Choo Yew Choon membaiki rangka basikal di kedainya di George Town, Pulau Pinang. Beliau berkata sukar untuk mencari pengganti kerana kerjaya sebagai pembuat beca tidak menjanjikan pendapatan lumayan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.Choo Yew Choon menunjukkan anugerah yang diterimanya daripada kerajaan negeri di kedainya di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.Seorang lelaki membaiki basikalnya di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.Seorang lelaki memasang aksesori untuk mencantikkan becanya di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.Choo Yew Choon membetulkan roda basikal di kedainya di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.Seorang lelaki memasang aksesori untuk mencantikkan becanya di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.Choo Yew Choon berkata beca buatan tangannya juga dihantar ke Australia, New Zealand, Perancis dan Jerman. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.Kesukaran mendapatkan alat ganti beca yang kebanyakannya diimport dari China dan Thailand turut menjadi faktor mengapa Choo Yew Choon ingin bersara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Jun, 2022.
Komen