Kesinambungan The Great British Circus selepas pandemik Covid-19


Seth Akmal

THE Great British Circus kini kembali ke selepas dua tahun menyepi berikutan pandemik Covid-19.

Ia merupakan mimpi ngeri bagi tiga puluh penghibur yang kebanyakannya datang dari negara asing yang terperangkap di Malaysia sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik sarkas Biliana Kirilova terpaksa menggunakan wangnya sendiri untuk membantu para penghibur mencari penginapan semasa tempoh sekatan.

“Kontrak persembahan kami hampir tamat apabila covid berlaku, saya sepatutnya menghantar bakat itu pulang namun ia tidak dapat dilakukan kerana penerbangan dibatalkan,” tambah Biliana.

Selain itu, kedutaan Maghribi menyediakan bantuan tambahan seperti makanan dan keperluan asas untuk penghibur untuk terus hidup.

Pada 1 Mei, kerajaan menarik balik larangan ke atas industri hiburan, yang memberi harapan kepada para penghibur untuk memberikan penonton pengalaman yang menarik dalam persembahan secara langsung.

Sejak 2014, pasukan itu telah menjelajah ke seluruh Malaysia kecuali di sebelah pantai timur untuk menunjukkan bagaimana tradisi sarkas selama 200 tahun dipersembahkan pada zaman moden. – 7 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen