NELAYAN, Mohd Faizal Abdullah ditangkap polis dan merampas punca rezekinya – menangkap kerang di sepanjang pantai barat di negeri terkaya di Malayisa, iaitu Selangor.
Menahan tangis, Faizal bercerita tentang bagaimana dia, isteri dan anak mereka berusia enam tahun diserbu polis ketika sedang mencari kerang di pantai Sungai Sembilang.
Faizal mendakwa dia tidak menceroboh tanah yang dikhaskan untuk penternakan kerang swasta itu. Polis kemudian membebaskannya dan keluarga pada hari sama tetapi merampas 20kg kerang, hasil titik peluh mereka sekeluarga untuk hari berkenaan.
Nelayan miskin seperti Faizal mendakwa sikap pilih kasih menyebabkan orang sepertinya tidak dapat mencari rezeki halal dari lautan di Kuala Selangor.
Dakwanya, mereka yang menerima permit akan menyewakannya kepada pihak ketiga, menyebabkan nelayan miskin dan tidak berlesen mengambil risiko mencari kerang tanpa lesen, demi menampung kehidupan keluarga.
Mengutip benih kerang tanpa lesen adalah satu kesalahan di bawah Akta Perikanan. Tetapi ia tidak dapat menghalang kira-kira 50 nelayan tanpa lesen dari jeti Sungai Sembilang berbuat demikian kerana mereka mendakwa kerang satu-satunya sumber pendapatan mereka.
Mereka nelayan termiskin di Kuala Selangor. – 18 Februari, 2018.
Pondok daif ini dipanggil rumah bagi nelayan miskin seperti Mohd Faizal Abdullah dan menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Mohd Faizal Abdullah, Umar dan Siti Aisyah di depan pondok daif mereka di Bagan Sungai Sembilang di Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Mohd Faizal Abdullah menolak bot kecilnya atau “tongkang” sambil diperhatikan oleh anaknya, Umar di kawasan berhampiran rumah mereka di Sungai Sembilang, Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Siti Aisyah, isteri Mohd Faizal Abdullah menyidai pakaiannya di ampaian berhampiran pondok tempat mereka berteduh di Sungai Sembilang, Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Siti Aisyah mencium anaknya Umar ketika ditemui di rumah mereka di Sungai Sembilang, Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Umar, anak nelayan Mohd Faizal Abdullah kelihatan bermain di luar pondok mereka di Sungai Sembilang, Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Deretan bot kelihatan di jeti pada awal pagi di Bagan Sungai Sembilang, Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Sekumpulan nelayan mengutip kerang berhampiran “pancang” di tengah laut berhampiran Bagan Sungai Sembilang di Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Seorang wanita kelihatan sedang duduk di dalam bot kecilnya ketika menuju kawasan menangkap kerang di Bagan Sungai Sembilang di Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.Seorang wanita membuang air yang bertakung di dalam botnya pada awal bagi di Bagan Sungai Sembilang di Kuala Selangor sebelum keluar ke laut mencari rezeki. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018.
Komen