TAKSIDERMI ialah seni atau kaedah mengawet spesimen haiwan. Ia adalah gabungan dua perkataan Greek ‘taksi’ dan ‘derma’ yang bermaksud susunan kulit. Ia adalah salah satu bidang khas muzium untuk memelihara kulit haiwan mati dan melekapkannya pada badan tiruan untuk menjadikannya kelihatan seperti hidup seperti berada di habitat semula jadi.
Ahli taksidermi perlu memahami anatomi haiwan, mahir dalam menguliti, menyamak, membentuk, dan menjahit kulit yang telah dipelihara. Haiwan yang diawet berguna untuk pameran, pendidikan, penyelidikan saintifik dan rujukan.
Terdapat lebih 75,800 spesimen koleksi flora, fauna dan geologi yang masih disimpan oleh Muzium Khazanah Alam, Jabatan Muzium Malaysia dengan beberapa bertarikh sejak 1890-an.
Di sebalik semua usaha untuk mempunyai muzium ini sejak 1989, Malaysia masih belum menubuhkan muzium sedemikian tidak seperti negara jiran seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri.
Hampir setiap negara di dunia mempunyai muzium ini untuk mempamerkan dan mendidik masyarakat tentang kepelbagaian fauna dan flora di negara mereka.
Kerja-kerja taksidermi memerlukan permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – 9 Mei 2022.
Ahli Taksidermi Mohammed Ali membalut spesimen badak sumbu sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) bertarikh 1901 yang diawet oleh E.J. Keilich dari Muzium Perak. Spesis badak berkenaan diisytihar pupus di Malaysia pada 2019.– Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Ahli Taksidermi Mohammed Ali membersihkan spesimen burung Pangling (Porphyrio porphyrio) selepas berakhirnya pameran di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Kakitangan muzium memeriksa dokumentasi spesimen di Muzium Negara, Kuala Lumpur.– Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Kakitangan muzium mempamerkan spesimen burung Cenderawasih (Paradisaea minor) di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Kakitangan musium membalut spesimen di Muzium Negara, Kuala Lumpur.– Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Suasana di pameran taksidermi mamalia di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Ahli taksidermi Mohammed Ridhuan Akhiruddin menyusun spesimen Helang Siput (Haliaeetus leucogaster) untuk sesi fotografi di Muzium Negara, Kuala Lumpur.– Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Ahli taksidermi Mohammed Ridhuan Akhiruddin menyusun spesimen burung Kuang Raya (Argusianus argus) untuk sesi fotografi di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Spesimen burung disusun untuk sesi fotografi di Muzium Negara, Kuala Lumpur.– Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Ahli Taksidermi Mohammed Ali memeriksa spesimen burung Sewah Berjambul Sayap Perang (Clamator coromandus) di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Jurugambar Jabatan Muzium Malaysia merakam gambar spesimen untuk tujuan dokumentasi di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.Kakitangan muzium menyusun spesimen ular Katam Tebu (Bungarus candidus) untuk sesi fotografi di Muzium Negara, Kuala Lumpur.– Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022. Kakitangan muzium membersihkan spesimen rangka burung enggang (Buceros rhinoceros) di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022. Kakitangan musioum merakam gambar spesimen Linsang (Prionodon linsang) di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022. Ahli taksidermi Mohammed Ali (kiri) dan Mohd Ridhuan Akhiruddin (tengah) membersihkan spesimen badak sumbu sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) bertarikh 1901 yang diawet oleh E.J. Keilich.– Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022. Ahli taksidermi Mohammed Ridhuan Akhiruddin membersihkan spesimen Harimau Kumbang (Panthera pardus) di Muzium Negara, Kuala Lumpur.– Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022. Kakitangan muzium memindahkan spesimen Buaya Tembaga (Crocodylus porosus) ke dalam lori di Muzium Negara, Kuala Lumpur. – Gambar oleh Ahmad Yusni, 9 Mei, 2022.
Komen