Polis bersenjata mengawal ketika umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan, di Makassar, Indonesia. – Gambar AFP, 3 Mei, 2022.Anggota polis berkawal semasa umat Islam bersembahyang sunat Aidilfitri di luar Masjid Central Sobornaya di Moscow, Rusia. – Gambar EPA, 3 Mei, 2022.Umat Islam berkumpul untuk solat sunat Aidilfitri di Masjid Pusat Zagreb di Zagreb, Croatia, pada Isnin. – Gambar EPA, 3 Mei, 2022.Umat Islam meraikan Aidilfitri di depan Dome of the Rock selepas menunaikan solat sunat, yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan, di perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. – Gambar AFP, 3 Mei, 2022.Rakyat Palestin menziarahi pusara ahli keluarga di tanah perkuburan di utara Semenanjung Gaza, yang merupakan hari pertama cuti Aidilfitri. – Gambar AFP, 3 Mei, 2022.Umat Islam bersembahyang solat sunat Aidilfitri di sebuah stadium bola sepak di Addis Ababa, Ethiopia. – Gambar AFP, 3 Mei, 2022.Gambar dari pemandangan udara yang diambil pada Isnin menunjukkan umat Islam Albania menunaikan solat sunat di dataran Skenderbej pada hari pertama sambutan Aidilfitri, di Tirana. – Gambar AFP, 3 Mei, 2022.Umat Islam bersembahyang di Masjid Kara, Ibafo, Negeri Ogun di barat daya Nigeria, pada Isnin. – Gambar AFP, 3 Mei, 2022.Orang ramai menghadiri solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Seddik di Kaherah, Mesir, pada Isnin. Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu daripada dua perayaan utama dalam kalendar Islam. – Gambar EPA, 3 Mei 2022.Orang ramai gembira meraikan Aidilfitri selepas menunaikan solat sunat di Nad Al Hammar Eid Musalla di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. – Gambar EPA, 3 Mei, 2022.
Komen