SEBAIK Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin (hari ini), penduduk Flat Taman Setia di Balakong, Selangor terus mengadakan perarakan bagi menyambut pemergian Ramadan dan kedatangan Syawal.
Ratusan kanak-kanak termasuk dewasa bersama-sama melaungkan takbir sambil berarak dari masjid berhampiran menuju kawasan perumahan di situ.
Selepas dua tahun beraya dalam sekatan pergerakan, rakyat Malaysia kini bersyukur kerana tahun ini dapat kembali beraya bersama sanak saudara, dengan prosedur operasi standard yang dikendurkan bermula 1 Mei lepas. – 2 Mei 2022.
Kanak-kanak berarak sambil memegang pelita dan bertakbir pada malam Aidilfitri di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.Pertunjukan bunga api ketika penduduk berarak menjelang Aidilfitri di Flat Taman Set di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.Penduduk Flat Taman Setia menunggang motosikal dan menyertai perarakan menjelang Aidilfitri di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.Orang ramai memalu gendang sambil melaungkan takbir pada malam Aidilfitri di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.Penduduk Flat Taman Setia melihat perarakan menjelang Aidilfitri di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.Penduduk Flat Taman Setia mengusung replika masjid sambil melaungkan takbir pada malam Aidilfitri di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.Orang ramai melihat perarakan dari dalam rumah mereka pada malam Aidilfitri di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.Kanak-kanak berarak melalui jalan sambil memegang pelita dan melaungkan takbir pada malam Aidilfitri di Balakong, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2022.
Komen